Tuesday 24 February 2009

Takku sangka

18 Februari 2009, entah kenapa resah sangat hati ini.. Kenapa hana??

Periodku belum datang lagi, not even PMS symptoms...

Hubby dok tanya, tak period lagi ka?

Aku jawab ajer.. belom lagi...

Hubby senyum2.. minta2 lekatlah baby

Ku hanya senyum, kat muka tunjuk Insya Allah, kat dalam hati, minta2 dataglah period 2,3 hari ni..

Lepas 5 hari, periodku tak muncul juga... hubby dah bawa balik UPT strip. Saja gatai nak check (dengan harapan, minta2lah negative)

Tup2, naik 2 lines yg sangat2 clear...

Oh! No, I'm pregnant again... Farish baru 11 bulan, misi 2years BFku belom tercapai lagi... Antara sedih dan dilema...

TAPI.....

Setiap anak itu rezeki dari Allah... Aku sangat bersyukur dikurniakan rezeki dengan cepat. Dengan usia dah masuk 31thn ni, inilah anugerah paling bermakna sempena hari kelahiranku minggu depan...

Friday 13 February 2009

Pumping oh pumping

Nak share my story about pumping-pumping milk ni.

Actually time pregnant tak masuk list pum breastpump ni. Yelah, rabun lagi waktu tu. Nak dijadikan cerita Farish kena Jaundice (hari ke8), kena admit. Lepas hantar Farish, aku ngan hubby pun baru terhegeh2 nak cari pam. Biasalah aku ni jenis berjimat-cermat (ceh!), maka beli yang paling murah, pam pureen (brapa belas hengget dah lupa lak)

Tapi paling berjasa time Farish masuk wad sebab sepsis. 5 hari kat wad sebab nak complete antibiotik. Time tu aku pumping siang malam, paksa hubby pergi hantar tengah2 malam. Siang hari bertapa kat hospital nak bagi direct BF. Alhamdulillah, hari Farish keluar tu masih ada balance 5 bekas yang tak sempat guna.

Pureen ni berjasa sampai umur Farish 3bulan. Time tu aku dah terpikat kat Spectra3 (S3). Lagipun pureen ni dah haus dah. Terpercik2 kelaur susu aku bila tarik pam. Akhirnya aku dah miliki S3 ni. Hubby mula2 tu bising sebab beli pam mahal2. Tapi lepas tengok hasil tenusuku, hubby menjadi duta tak rasmi S3 kepada kawan2 dia. 

Dengan S3 ni aku rasa berbaloi sebab double pumping, boleh cut time pumping. Kalau pureen dulu dekat setengah jam untuk dapatkan 9oz. S3 ni 15 min aku dah dapat 10oz. Maka dengan itu stok susuku menjadi sebanyak ini.

Alhamdulillah, sampai skarang aku masih mampu berikan yang terbaik buat anakku. Sekadar nak kongsi jadual pumping aku.

Sebelum Farish 6 bulan

1. pukul 6.00am (double pumping)

2. pukul 10am (double pumping)

3. pukul 1.00pm (double pumping)

4. pukul 4.30pm (double pumping)

5. pukul 9.00pm (double pumping)

6. pukul 12.00am (single pumping with direct BF the other side)

7. pukul 3.00am(single pumping with direct BF the other side)

Biasanya aku boleh dapat 30-40oz perday.

Selepas 6 bulan

1. 6.00am

2. 1.00pm

3. 4.30pm

Balik rumah direct BF sebab Farish reverse cycling.

Sekarang ni total aku dapat 16oz perday.

Thursday 12 February 2009

Kenapa Aku memilih breastfeeding

Hmm... Kenapa aku memilih breastfeeding?

Kalau org tengok usaha aku, pasti orang akan ingat yang aku ni memang berazam nak exclusive breastfeed sejak mengandung lagi... Jawapannya  TIDAK.

Sebenarnya, niat mahu memberikan susu ibu secara exclusive timbul selepas Farish berusia 3 bulan. Mungkin cetek ilmu dan juga tiada idola dan tidak mengetahui bahawa wamita bekerjaya mampu menyusu anaknya sehingga berusia 2 tahun (mungkin lebih). Perjalanan penyusuan aku bermula begini..

Sebaik sahaja Farish dilahirkan, sejurus selepas Farish dibersihkan aku telah diajar oleh SN LIm cara2 latching yang betul serta posisi menyusu. Alhamdulillah, Farish sangat pandai menghisap. Apabila pulang ke wad, aku terus memberikan susu setiapkali Farish menangis. Memang indah sangat mengenangkan saat itu. Tapi pada malamnya, suamiku menemani aku di wad, anakku tak henti menangis... kami berpendapat, anakku tak cukup susu. Memandangkan cetek ilmu, kami meminta kawan kami (yang bertugas di wad tersebut) memberikan susu formula supaya Farish kenyang dan juga supaya Farish akan berak dan kami boleh balik. Inilah tindakan paling bodoh pernah aku buat dalam hidup aku.

Balik rumah pada hari kedua, susuku masih tiada, puas diberi, Farish tetap menangis, makan kami mengikut saranan kakakku agar mebelikan susu formula kepada Farish. Lagi satu tindakan bodoh kami.

Hari ketiga, Mak kiah si bidan urut datang ke rumah untuk mengurut susu. Masya-Allah memancut2 susu aku selepas mak kiah mengurut. terus diminta diberikan kepada Farish. farish pun apalagi terusla menghisap2 sehingga tertidur kekenyangan. 

seminggu sebelum aku naik kerja, lagi sekali aku buat tindakan bodoh kerana mengikut cakap orang. 

"Hana, kau kena ajar anak minum susu tepung lagi seminggu nak naik kerja. Nak tengok serasi tak susu tu dengan dia"

"Hmmm... Waktu siang kau bagi susu botol(susu tepung),malam baru bagi susu badan"

dan macam-macam lagi petua kuterima.

Maka dengan itu seminggu sebelum naik kerja aku melatih Farish minum susu formula, tapi mungkin Farish tak suka, dia muntahkan balik susu tu. Jadinya aku cuba kurangkan sukatannya dan Farish menerima.

Sehingga sebulan aku bekerja. Aku menghantar Farish ke rumah Kak Ani, jiran lama kami. Setiap hari ku akan bekalkan 3 botol susu perahan (ebm) dan juga susu tepung (jenama DULAC) sebaai back up.

Namun menurut Kak Ani, Farish lebih suka minum ebm berbanding FM. Maka aku gighkan diri mengepam susu lebih banyak untuk diberikan kepada Farish. Waktu itulah baru aku cuba mencari diinternet pasal penyusuan ini, dan akhirnya aku berjumpa dengan kumpulan ibu2 menyusu yang asyik bergebang, lalu akupun mendaftar menjadi komuniti mereka. Banyak benda2 yang tak pernah aku tahu aku dapat dari situ. Maka sejak itu aku berazam untuk menyusu sepenuhnya Farish dengan susuku, dan Alhamdulillah sehingga kini Farish menyusu penuh susuku tanpa memerlukan FM langsung. Bukan itu saja, freezerku juga hanya ekslusif untuk simpan susuku, menyebabkan suamiku kadang2 bising. (Itulah bi, kan Hana kata, jom kita beli deep freezer)

Tuesday 3 February 2009

Kenal Diriku, Faham Diriku

Hmm... Sebagai Pengenalan, izinkan ku mengenalkan diri dahulu. 

Aku adalah seorang isteri kepada suamiku, ibu kepada anakku kawan kepada sahabatku dan terapis kepada pesakitku.

Blog ini hanyalah catatan-catatan yang bermakna buat aku dan juga untuk dikongsi bersama.