Tuesday 28 April 2009

We live appily ever after......

Kenapa entry aku macam ni plak.. Apa yang aku nak cerita ni ha??

takdelah,, aku sebenarnya dikejutkan dengan berita penceraian kawan aku.. Baru 4 tahun kawen dah berpisah... Ya! setakat itu jodoh merekakan, nak buat macam mana..

tapi itulah,, kadang2 percintaan bertahun-tahun belum menjadikan kebahagian selepas kawen.. Dan aku sentiasa berdoa agar rumah tangga aku tidak ditimpa kecelakaan tersebut.. Nauzubillah.

Pasal artis bercerai berai,, itu aku taknak komen.. Aku bukan kenal mereka pun.. Tapi bila terjadi kat kawan2 aku, aku jadi simpati. Yelah, kawan yang kita bergelak ketawa bersama,, tiba2 dia berduka seorang... Kenapa perlu bercerai.. Apatah lagi kalau dah ada anak pinak..

Paling singkat kawan aku kawen adalah sebulan.. Hidup secara PJJ, tetiba laki ada pompuan lain dan tak hiraukan lagi isteri yang setia tunggu setiap minggu suami balik.. Bila suami asyik bagi alasan tak balik, si isteri sendiri turun ke ibu kota, konon2 nak surprisekan suami.. Rupanya diri sendiri yang disurprise.. Suamiku bersama orang lain.. Akhirnya, kata putus diambil... BERPISAH.. Isteri masih sayangkan suami, tapi suami buat tak endah saja.. Tapi selepas 3 tahun berpisah, aku nampak kawan aku lebih bahagia..

Ada lagi satu kisah kawan aku.. Bercinta satu tempat kerja.. berkahwin dan dikurniakan seorang anak.. Si isteri mohon ditukarkan tempat bertugas, kerana memang niat nak pulang ke negri kelahiran.. Maka pulanglah si isteri bersendirian dahulu kerana permohonan suami untuk berpindah tidak diluluskan.. Kehidupan PJJ mereka sangat bahagia, saban minggu suami akan pulang mnjenguk,, dan sehingga dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Selepas 3 tahun PJJ, akhirnya suami dapat berpindah juga ke negeri kelahiran mereka.. Tapi itulah,, sebaik pindah, istana bergoyang,, dan akhirnya roboh jua.. 

Ada banyak lagi kisah kawan2 aku yang kadang2 buat aku cuak.. Aku selalu berdoa agar rumahtangga kami sentiasa dirahmati Allah.. 

E-filing

Adakah anda semua telah melengkapkan borang E-filing anda??? Cepat esok dah tarikh akhir dah..

Aku bukannya kakitangan LHDN, tapi sajer jer nak ingatkan orang lain.. Tapi kalau tak bayar,, kena tindakan ker??

Aku antara orang yang lambat daftar ngan LHDN,, pas 6 tahun kerja baru aku daftar.. Bagus tak aku.. Kenapa aku tak daftar??? Sebab kakak aku tolong kirakan pendapatan aku, tak dikenakan cukai.. Pasal tu aku tak daftar..

Dan aku adalah orang yang tak pernah isi borang culai, yang tak pernah buat E-filing... Kenapa?? Jangan kutuk aku dulu..

Selama ini kakak aku yang buatkan.. Hehehe! Kakak aku kerja Pembantu Taksir kat LHDN.. Apalagi, gunalah kesempatan yang ada.. Dari zaman isi borang dulu sampailah E-filing sekarang,, sumpah kalau orang suruh aku tolong buatkan,, aku memang surender.. Lecehlah..

Tapi tulah, kiranya masih ada 18thn lagi untuk aku gunakan kakak aku,, pastu, kena buat sendiri.. hahaha!

Maka,, SUDAHKAH ANDA MENGHANTAR CUKAI PENDAPATAN ANDA???

Sunday 26 April 2009

Farish admitted again

Hmm.. since minggu lepas Farish dapat selesema.. Ntahlah, sejak aku pregnant ni kerap pulak dia selesema. Mungkin kekurangan susu ibu dalam tubuh dua mennyebabkan sistem imuniti dia berkurang. Tapi dia tetap aktif macam biasa.. Malah semakin menjadi2 aktifnya.. (hubby selalu tanya, bukan hyper ker anak kita ni??? - Hish! minta dijauhkan Allah)

Minggu lepas jugak aku tinggal berdua jer ngan farish, hubby kena attended kursus INTAN selama 5 hari.. Tapi macam biasalah, hubby mana boleh berenggang ngan Farish, selang sehari balik rumah. Esoknya, seawal kul 6 dah bertolak pergi Sg. Petani dengan motor Honda x5 nyer.

Hari Selasa lepas, macam biasa, aku kena pergi Langkawi untuk therapy visit. Nasib baik aku dah masak makanan Farish malam tadi sebab aku tau, farish akan terjaga kalau takde orang kat sebela dia. Makanya seawal kul 6 pagi, aku dah ahntar Farish ke rumah Kak Ani..

Petangnya, bila aku balik dari Langkawi, aku terus pergi amik farish. Bila sampai kat rumah Kak Ani, aku tengok motor hubby dah ada kat situ. Pastu nampak terkocoh2 dia keluar dukung Farish, dan terus minta aku pergi hspital.. Time tu aku tengok Nafas Farish dah tercungap2, nampak otot2 interkostal dia terpaksa bekerja keras untuk bernafas... Kami pun terus memecut ke hospital, dan tanpa nombor terus masuk emergency jumpa member kat dalam. Macam yg diduga, farish kena admit (padahal sebenarnya tak perlu pun)

Sebelum masuk wad, buat chest xray, Alhamdulillah, Lung clear. maknanya bukan pneumonia.. Kat wad, terus Dr. Aishah check, dan diagnosis cuma Bronchiolitis.. Alhamdulilla, takdelah serius sangat. Terus Farish kena bagi nebulizer. Ya Allah seksanya, dia bukan macam budak lain yang duduk diam, habis meronta2 dan meraung bila kena cekup mulut dia.. tapi lepas 2x bagi neb, terus sesak nafasnya hilang.

Kat dalam wad, macam biasa, Farish bukan jenis budak yg reti duduk diam. kejap nak turun, kejap nak berdiri, kejap nak itu kejap nak ini. Yang aku ni, penat bau balik Langkawi tak habis lagi, kena duduk pulak dalam wad.. nak buat macam mana demi anak.

Memandangkan aku masih dalam 28hari proses pemangkuan, maka aku tidak dibenarkan bercuti. Nasib baik boss aku tak kisah, dia bagi pelepasan 2 hari.. Thanks dr. Zul.. Hari kedua kat dalam wad, anak aku makin sihat, tapi aku pulak yang tak sihat.. Terus demam.. Pening kepala tak payah cakaplah.. Farish pulak asyik merengek, yelah, selalu boleh lasak, kat dalam wad, kena duduk atas katil jer, mana boleh.

Memanangkan duuk kat wad pun Farish cuma diberi nebulizer setiap 6 jam, ada baiknya aku minta AOR jer.. sebenarnya aku yang dah tak larat.. Discuss ngan pakar, diorang bagi discharge..

Balik rumah tu, aku terus demam.. Nasib baik hubby pun dah habis kursus tengah hari tu.. maka dialah yang menaga farish pulak, dn aku dapatlah berehat sepanjang hariii...

Friday 24 April 2009

Alhamdulillah atas Rezeki Mu Ya Allah

Sesungguhnya syukur ini buat padaMu Ya Allah. Kau memurahkan rezeki kami walaupun kami sering lalai dan alpa dengan perintahMu. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sejak kecil, orang selalu cakap aku ni murah rezeki. Alhamdulillah, walaupun aku dibesarkan dalam keluarga yg boleh dikatakan kurang berada, tapi rezeki aku tak pernah surut. Sejak dibangku sekolah, aku sering mendapat hadiah Bantuan Kewangan dari PIBG. Masuk sekolah menengah, pengajianku dibiayai oleh Biasiswa Kecil Persekutuan dan di Uni, aku dibiayai oleh pinjaman MARA dan selepas grad pinjaman aku telah diconvert menjadi biasiswa. Maknanya, aku tidak perlu membayar sesen pun dari jumlah pinjaman aku berjumlah RM35,000.00 itu.

Aku pulak tak perlu mencari kerja sana sini, time final year, KKM telah mewujudkan post Pegawai pemulihan Perubatan (Pertuturan), dan kami terus merebut peluang itu dan Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan menganggur, aku telah mendapat tawaran kerja tetap di negeri aku sendiri. Semasa kerja gajiku biasa2 saja. pada asalnya, gaji pokok kami hanyalah RM1700.00 sebulan. Alhamdulillah selepas semakan semula, tangga gaji kami meningkat. Aku adalah orang yang terakhir menerima tunggakan penyelarasan gaji tersebut. Dekat 3 tahun jugak tu, ntah mana sangkutnya. Dan Alhamdulillah, ketika aku hampir bertunang, tunggakan gaji aku telah diterima, maka aku ada simpanan untuk belanja kahwin aku.. Aku tak sebertuah orang lain yang majlis perkahwinan mereka disponsor oleh ibu bapa dan keluarga.. Majlis kenduri aku 90% dari duit sendiri aku manakala 10% lagi dari ihsan kakakku.

Bila hampir kenduri kahwin, aku mendapat lagi berita menggembirakan, permohonan menanggung kerja aku diluluskan, bermakna, gaji aku makin meningkat.. dan sekali lagi aku mendapat tunggakan selama setahun. Memang rezeki aku dan time kenduri orang kampung pun ramai menubangkan itu ini untuk keluarga aku.. (Maklumlah aku ni kira macam idola kampung aku tu).

Bila kahwin, aku lebih banyak menyimpan sebab hubby yang banyak menyara keluarga. Walaupun gajinya lebih kecik dari aku (tapi kalau campur on call claim dia, dia lagi mewah dari aku), tapi katanya, itu tanggungjawab dia terhadap keluarga.. Tapi aku kesian kat hubby, jadi kami sepakat untuk bahagikan tanggungjawab kewangan.

Alhamdulillah, selepas sebulan berkahwin, aku disahkan hamil.. Hubby orang paling gembira di dunia ini bila tahu aku dah mengandung. Serentak berita aku mengandung, aku juga telah dianugerahkan pekerja cemerlang bagi tahun 2007. Alhamdulillah, tambah sikit duit poket. Dan pada masa yang sama juga, hubby telah berjaya memohon pinjaman perumahan dan awal tahun 2008 kami telah memiliki rumah sendiri. Walupun hanya rumah Semi-D setingkat, tapi itu dah cukup untuk kami. tidak perlu lagi menyewa rumah lain.

Sejak kelahiran Farish, rezeki kami bertambah. Hubby selalu mendapat jemputan memberi ceramah CPR di luar (income lagi), walaupun belanja makin meningkat, tapi kami cukup serba serbi.

Masuk tahun 2009, aku pula memohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah kedua kami. sekadar rumah teres setingkat (ni nak buat sewa, adalah harta sikit). Dan Alhamdulillah, 2 minggu loan aku diluluskan kerajaan, dan rumah aku pun bakal siap Julai ini.. Tahun ini pula hubby mendapat anugerah pekerja cemerlang.. Dan tahun ini juga kami dianugerahkan lagi seorang anak, Insya Allah pada bulan 10 ini.

Terkini, aku telah dilantik untuk memangku jawatan U44. dan Alhamdulillah, perjalanan aku sangat mudah, Aku ditempatkan ditempat kerja aku sekarang. Tidak seperti rakan2ku yg lain, ada yg terpaksa ditukarkan ke tempat lain. Yang Ipoh, ke Seremban, yang Terengganu ke Melaka dll lagi.

Sekarang ni menunggu tunggakan lagi (biasalah, komen, naik pangkat jer, kena tunggu tunggakan punya). dan aku percaya ini adalah rezeki anak dalam kandungan. Dan aku percaya tahun ini adalah tahun rezekiku. Dengan pertambahan anak, pertambahan rumah, pertambahan gaji dan juga sebuah MPV baru, Insya Allah Jun ini.. (any ideas?? Estima, Innova, Grand Livina, Exora???)

Sunday 12 April 2009

Good Luck Bi

Bulan ni adalah minggu exam hubby. Kesian hubby, tak dapat nak study, masanya dihabiskan dengan melayan Farish. Hubby taknak menyusahkan aku yang tengah pregnant, so dia banyak ambik alih tugas aku melayan Farish sehingga terabai masa study dia..

Ni jadual exam PJJ hubby

10/4/09 - JKE101- Pengantar ekonomi

12/04/09- JKA101- Pengantar sosiologi & antropologi

15/04/09 - JKJ104-  Kaedah Penyelidikan

16/04/09- JKA216 - Teori paradigma

17/04/09- JKA213- Ketidaksamaan sosial

18/04/09- JUU101- Teknik berfikir

22/04/09- JUE100- English

Aku nak tolong pun aku dulu bukan study human science.. Aku tolong baca pun, aku yang pening. Kesian hubby, dulu aku janji aku nak support dia study, tapi sekarang ni susah sikit, asyik dengan anak jer. Tapi aku harap Hubby tabah dan tenang menjawab soalan.. Takpa, bi tak dapat markah best pun takpa, Hana tetap bangga dengan bi sebab bi ada semangat nak sambung belajar...

My little one @ 12weeks

Hmm.. tadi pergi follow up antenatal checkup. asalnya appointment aku 14hb ni, tapi tadi Kak Jah call aku boleh tak turun hari ni untuk check up sebab kak Muri tak jadi naik OT. Aku check patient queue, patient aku tak datang lagi, aku pun bergegas turun ke O&G.. dah la tak bawa buku merah, register, terus masuk bilik Kak Muri.

So hari ni scan lagi, dah nampak bentuk baby, dan paling best nampak heart beat dia clear sangat. Placenta pun duduk di kedudukan yang sempurna. Perfect, Alhamdulillah. fetus growth pun okay, dah mencapai 12weeks3days old. 

Tapi berat aku tak naik pun, last month timbang 76.9kg, tadi 76.5kg... Aku rasa sebab aku selalu skip dinner. Lagipun berat aku yang lama tu tgh overweight. Tapi tengok baby sihat, Alhamdulillah.

alhamdulillah, dah melepasi 1st trimester ni, aku tidak mengalami sebarang alahan.. Itulah staff aku takde sapa yang menghidu.. tapi terbongkar juga bila ada schoolmate aku meng wish aku "Tahniah!" terus terbongkar rahsia aku...

Lagipun nak tutup pun tak boleh sebab perut makin membuncit... 

(aku nak upload gambar scan, tapi malas la pulak, nantilah aku rajin aku upload gambar scan)

How to stimulate your child's eye contact

*Eye contact is the earliest means of communication. Eye contact is used to request, greet or to get attention.

To establish eye contact, sit face to face with your child. Try to place your child at your eye level.

e.g: sit your child on your lap

      sit your child on the chair or table

*Draw your child's attention by holding object near to your face. Give the verbal cue (e.g: call his/her name)

* Tap your child's nose and then your nose. After the child look at yo, rewards him by saying "good/pandai"

* Put your child's hand on your face to gain attention before giving him/her a direction to follow.

* As your child increases eye contact, give him a verbal cue "look" and wait for the respond.

* Play funny face game. You can use funny mask, cover and uncover your face.

* Play peek-a-boo (umm cak) game with your child...

Wednesday 8 April 2009

Vocal misuse, vocal abuse

Kenapa aku buka entry ni??? Sebab ramai tak tahu yang kita hari-hari selalu salah gunakan suara kita... Akibat penyalahgunaan suara ni,, voice disorders akan berlaku (refer entry sebelum ni)..

VocalAbuse

Vocal abuse is any behavior or occurrence that strains or injures the vocal folds (or vocal cords)

Antara 'vocal abuse' yang kita selalu buat dan tak sedar adalah

  1. Yelling, screaming, cheering
  2. Strained vocalizations
  3. Excessive talking
  4. Excessive throat clearing
  5. Speaking under abusive environmental conditions
  6. Speaking while the vocal folds are in weakened conditions
  7. whispering

Vocal Misuse

Vocal misuse is improper voice usage such as speaking too loudly or at an abnormally high or low pitch. 

Antara ciri2 vocal misuse

  1. Elevated loudness
  2. Elevated pitch level
  3. Singing with inappropriate vocal technique

Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka yang menyalahgunakan atau mendera suara?? Check this out!!!

  • Teachers
  • Singers
  • cheerleaders
  • Coaches
  • Actors
  • Militaries
  • Deejays
  • Nurses
  • Doctors
  • Housewives
  • Retired persons
  • Unemployed persons

Maknanya sesiap pun berisiko untuk mendapat masalah suara...

Voice care

  1. Drink a lot but not alcohol
  2. Avoid excessive throat clearing
  3. Talking when necessary
  4. Singing with appropriate technique
  5. Take enough rest
  6. Reduce caffeine intake
  7. Stop smoking 
  8. Don’t Stress, Be Happy 


Voice Disorders

How is voice produced?

Voice is produced by vibration of the vocal folds. The vocal folds are two bands of smooth muscle tissue that lie opposite each other. They are located in the larynx or voice box. The larynx is positioned between the base of the tongue and the top of the trachea (windpipe), the passageway to the lungs.

When at rest, the vocal folds are open to allow an individual to breathe. To produce voice, the brain precisely coordinates a series of events. First, the folds come together in a firm but relaxed way. Once the folds are closed, air from the lungs passes through them, causing vibration and thus making sound. The sound from this vibration then travels through the throat, nose, and mouth (resonating cavities). The size and shape of these cavities, along with the size and shape of the vocal folds, help to determine voice quality.

Variety within an individual voice is the result of lengthening or shortening, tensing or relaxing the vocal folds. Moving the cartilages, or soft, flexible bone-like tissues to which the folds are attached, makes these adjustments possible. For example, shortening and relaxing the vocal folds makes a deep voice; lengthening and tensing them produces a high-pitched voice.

What is Voice Disorders??

 group of problems involving abnormal pitch, loudness, or quality of the sound produced by the larynx (voice box).

Common Voice Disorders

  1. Vocal nodules, commonly referred to as nodes, are callous formations on the vocal folds.
  2. Vocal fold paralysis, is a weakness or immobility of the vocal folds, commonly referred to as the vocal "cords."
  3.  Reflux laryngitis, an inflammation of the larynx caused by gastric acid irritation, frequently results in decreased vocal performance. 
  4. Vocal fold bowing, a disorder commonly seen in older adults, can result in vocal weakness.
  5. Vocal fold polyps are enlarged areas of the vocal folds.
  6. Psychogenic-based voice disorders such as conversion dysphonia/aphonia are voice problems related to emotional disorders.
  7. Reinke's edema is an accumulation of fluid in the vocal folds.
  8. Vocal fold cyst is a fluid-filled sac in the vocal folds.
  9. Vocal fold granuloma is an area of thickened, irregular tissue on the vocal fold caused by irritation.
  10. Laryngeal papilloma are growths on the larynx caused by a viral infection.
  11. Spasmodic dysphonia is a condition resulting in irregular voice breaks and interruptions of phonation.
  12. Muscle tension dysphonia is a voice disorder resulting from excessive or unequal tension while speaking or singing.


Normal Vocal cords  





Vocal cords nodules



 

Vocal cords polyps


 






Vocal cords cyst

Monday 6 April 2009

Aduih!

sajer jer letak tajuk entry macam tu, sebabnya, itulah perasaan aku sekarang... Aku taktau sejak 2 menjak ni, aku jadi penat gila lepas balik kerja... Dah berapa malam miss dinner, kadang tu sampai ter miss maghrib. Teruknyer aku ni... Adakah disebabkan oleh pregnancy?? tapi aku rasa tidak.. the whole day, aku energetic, tapi bila balik rumah, tiba2 jer mood jadi lain..

Yang Farish pon, sejak 2 menjak ni, merap ia menjadi2. Kadang tu memang menguji kesabaran.. Nak berkepit 24 jam. Tak boleh letak langsung, meraung tahap gaban. Time hubby ada, okay sikit, tapi bila time hubby kena on call, memang melampau2 merap dia,, sampai aku tak boleh nak bergerak langsung... After maghrib aku memang terus tidokan dia... sebelum tu aku dah kenyangkan dia dengan bubur ker, nasi ker, apa2la yang aku rasa mengnyangkan dia.. (off course dia kenyang, sekarang ni dia boleh habiskan bubur semangkuk dewasa), minum air kadang sampai 1 cawan... bila tido tetap nak nyonyot.. Kalau dulu after 5-10 min, dia boleh lepaskan B. Sekarang ni, kalau aku cabut even after 1 hour, mesti dia melalak.. So terpaksa bagi dia melekat kadang tu dari maghrib sampai subuh.. dan dah berapa mlam aku pon tak sempat tukar baju, tak mandi, terus tido sampai subuh.

Tapi yang herannya, bila hubby yang tidokan, cepat pulak dia tido.. pastu lena pulak tu...

Sekarang ni weekend, kaka aku selalu datang amik Farish... Legalah sikit aku, sebab bolehlah aku buat kerja. tapi bila duduk rumah orang, baiklah pulak... Aku rasa Farish ni nak persekitaran yang ramai orang.. dan ada orang boleh entertain dia 24jam. 

Dan aku rasa sebab aku tengah pregnant sama.. aku selalu dengar, budak2 ni kalau kita tengah pregnant, lagi mengada2 perangai dia. Mungkin Farish tergolong dalam golongan macam tu..

Last weekend, balik rumah MIL,, sekali dia ternampak aku BF kan Farish, terus kena soundlah. Katanya, tak baik bagi hisap susu kalau kita mengandung, nanti jadi b*d*h anak kita tu... nak kata apa, aku iyakan jerlah.. cakap MIL bukan boleh nak bantah.. Pastu aku pulak yang kena sound ngan hubby "kenapa BF depan mak, kan dah kena".. sbab hubby dah cakap kat MIL yang Farish dah stop BF...

Aduhai!

Wednesday 1 April 2009

Bila nak masuk setahun.....

Lagi beberapa hari anak aku Farish nak masuk umur setahun... Semakin hampir umur setahun macam-macam benda baru yang berlaku.. Ada yang happy ada yang kureng..

Bermula dengan Farish demam, kemudian mulut pecah2 dan kini campak... Memang merisaukan aku, aku bukan risau sakit dia tu, tapi sebab dia hilang selera makan. Bayangkan selalunya bekal yang aku hantar tiap2 hari kat rumah Kak Ani mesti licin, sekarang ni, lunch memang tak sentuh.. Balik rumah jer nak melekap jer ngan nenen... Dahler milk supply aku tak semewah dulu, dan Farish macam tak suka bila kami try bagi FM (aku dapat anmum essential sample),, tapi bila bagi air kosong,laju plak dia minum.. Memang jaga kesihatan anakku ini.

Semalam, farish ada follow up ngan paeds.. lagi sekali aku dikejutkan bahawa Farish mempunyai Thalassemia trait.. Aku baca report blood test dia, memang diagnose low Hb dan moderate anemia.. Luckily, Farish cuma pembawa, makanya perlu follow up untuk 2,3 monthly nak tengok progress. Disebabkan itu, aku ngan hubby kena buat blood screening untuk trace who is a carrier.. Tapi naluri aku merasakan yang mungkin aku... sebabnya Hb aku pon low juga... Nampaknya, aku kenalah screen bakal menantu aku nanti ni..

Setelah melalui hari2 yang payah, hari ini ada berita yang menggembirakan aku tentang Farish. Pertama, farish dah tumbuh gigi, satu kat bahagian bawah, satu kat atas.. Patutlah dia meragam.. Dan hari ni selera makannya kembali.. Bekal hari ni habis licin, dan balik tadi habis semangkuk puri labu dia bedal.. Paling happy tentulah aku.. Mananya aku tak risau, timbang semalam berat farish maintain 8.7kg.

Farish pon makin banyak jargon speech dia,,cuma aku masih confused, mana satu 1st word dia.. Dulu aku dengar dia sebut 'mak', pastu baru2 ni aku dengar dia sebut 'adeh!' tiap kali dia nangis,, dan kadang2 dia sebut 'abi',, cuma semua tu belom konsisten.. Aku tak kisah word lain, yang aku tunggu, hanyalah word "IBU".