Monday, 23 January 2012
Tuesday, 19 May 2009
I'M MOVING
Sorry to all my dear friends..
Memandangkan ku susah nak hapdet blog aku ni, maka aku telah godeh2 PC kat opis dan aku telah create blog baru kat wordpress.. Still baru belajar, so blog baru tu tak banyak input lagi (tak dan lah).. But opefully bila dapat online kat opis senang sikit nak hapdet especially on bidang pertuturan..
So feel free to visit my new home at
Friday, 15 May 2009
Lama tak online
Dah lama rasanya aku tak sempat nak update blog ni.. Yerlah, boleh access kat rumah jer. Tapi tulah, bila balik rumah, dah letih, penat, tido awal... Lagipun sekarang ni Farish makin banyak ragamnya.. Nak tido berkepit, so bila berkepit, aku pun jalan sekali.. selalu sangat tak gosok gigi dan basuh muka sebelum tido. Bila jaga dah kul 4.30pg, terus bangun siapkan kelengkapan nak pergi kerja...
Okay, aku juga tak sempat nak wish Happy Mother's day to all mommies in Malaysia.. So happy belated birthday to all of you.. Tapi tulah, aku sudah tidak dapat mengucapkannya kepada ibuku sendiri kerna beliau sudah meninggalaknku buat selamanya.. ALFATIHAH buat mak tersayang yang bersemadi di Perkuburan Baqi', Madinah dan juga buat mak yg telah mengasuh dan menjagaku sejak dari umurku 6 bulan hingga 29thn yang telah bersemadi di perkuburan Islam Guar chempedak pada 20 Jun 2007.
Tuesday, 28 April 2009
We live appily ever after......
Kenapa entry aku macam ni plak.. Apa yang aku nak cerita ni ha??
takdelah,, aku sebenarnya dikejutkan dengan berita penceraian kawan aku.. Baru 4 tahun kawen dah berpisah... Ya! setakat itu jodoh merekakan, nak buat macam mana..
tapi itulah,, kadang2 percintaan bertahun-tahun belum menjadikan kebahagian selepas kawen.. Dan aku sentiasa berdoa agar rumah tangga aku tidak ditimpa kecelakaan tersebut.. Nauzubillah.
Pasal artis bercerai berai,, itu aku taknak komen.. Aku bukan kenal mereka pun.. Tapi bila terjadi kat kawan2 aku, aku jadi simpati. Yelah, kawan yang kita bergelak ketawa bersama,, tiba2 dia berduka seorang... Kenapa perlu bercerai.. Apatah lagi kalau dah ada anak pinak..
Paling singkat kawan aku kawen adalah sebulan.. Hidup secara PJJ, tetiba laki ada pompuan lain dan tak hiraukan lagi isteri yang setia tunggu setiap minggu suami balik.. Bila suami asyik bagi alasan tak balik, si isteri sendiri turun ke ibu kota, konon2 nak surprisekan suami.. Rupanya diri sendiri yang disurprise.. Suamiku bersama orang lain.. Akhirnya, kata putus diambil... BERPISAH.. Isteri masih sayangkan suami, tapi suami buat tak endah saja.. Tapi selepas 3 tahun berpisah, aku nampak kawan aku lebih bahagia..
Ada lagi satu kisah kawan aku.. Bercinta satu tempat kerja.. berkahwin dan dikurniakan seorang anak.. Si isteri mohon ditukarkan tempat bertugas, kerana memang niat nak pulang ke negri kelahiran.. Maka pulanglah si isteri bersendirian dahulu kerana permohonan suami untuk berpindah tidak diluluskan.. Kehidupan PJJ mereka sangat bahagia, saban minggu suami akan pulang mnjenguk,, dan sehingga dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Selepas 3 tahun PJJ, akhirnya suami dapat berpindah juga ke negeri kelahiran mereka.. Tapi itulah,, sebaik pindah, istana bergoyang,, dan akhirnya roboh jua..
Ada banyak lagi kisah kawan2 aku yang kadang2 buat aku cuak.. Aku selalu berdoa agar rumahtangga kami sentiasa dirahmati Allah..
E-filing
Adakah anda semua telah melengkapkan borang E-filing anda??? Cepat esok dah tarikh akhir dah..
Aku bukannya kakitangan LHDN, tapi sajer jer nak ingatkan orang lain.. Tapi kalau tak bayar,, kena tindakan ker??
Aku antara orang yang lambat daftar ngan LHDN,, pas 6 tahun kerja baru aku daftar.. Bagus tak aku.. Kenapa aku tak daftar??? Sebab kakak aku tolong kirakan pendapatan aku, tak dikenakan cukai.. Pasal tu aku tak daftar..
Dan aku adalah orang yang tak pernah isi borang culai, yang tak pernah buat E-filing... Kenapa?? Jangan kutuk aku dulu..
Selama ini kakak aku yang buatkan.. Hehehe! Kakak aku kerja Pembantu Taksir kat LHDN.. Apalagi, gunalah kesempatan yang ada.. Dari zaman isi borang dulu sampailah E-filing sekarang,, sumpah kalau orang suruh aku tolong buatkan,, aku memang surender.. Lecehlah..
Tapi tulah, kiranya masih ada 18thn lagi untuk aku gunakan kakak aku,, pastu, kena buat sendiri.. hahaha!
Maka,, SUDAHKAH ANDA MENGHANTAR CUKAI PENDAPATAN ANDA???
Sunday, 26 April 2009
Farish admitted again
Hmm.. since minggu lepas Farish dapat selesema.. Ntahlah, sejak aku pregnant ni kerap pulak dia selesema. Mungkin kekurangan susu ibu dalam tubuh dua mennyebabkan sistem imuniti dia berkurang. Tapi dia tetap aktif macam biasa.. Malah semakin menjadi2 aktifnya.. (hubby selalu tanya, bukan hyper ker anak kita ni??? - Hish! minta dijauhkan Allah)
Minggu lepas jugak aku tinggal berdua jer ngan farish, hubby kena attended kursus INTAN selama 5 hari.. Tapi macam biasalah, hubby mana boleh berenggang ngan Farish, selang sehari balik rumah. Esoknya, seawal kul 6 dah bertolak pergi Sg. Petani dengan motor Honda x5 nyer.
Hari Selasa lepas, macam biasa, aku kena pergi Langkawi untuk therapy visit. Nasib baik aku dah masak makanan Farish malam tadi sebab aku tau, farish akan terjaga kalau takde orang kat sebela dia. Makanya seawal kul 6 pagi, aku dah ahntar Farish ke rumah Kak Ani..
Petangnya, bila aku balik dari Langkawi, aku terus pergi amik farish. Bila sampai kat rumah Kak Ani, aku tengok motor hubby dah ada kat situ. Pastu nampak terkocoh2 dia keluar dukung Farish, dan terus minta aku pergi hspital.. Time tu aku tengok Nafas Farish dah tercungap2, nampak otot2 interkostal dia terpaksa bekerja keras untuk bernafas... Kami pun terus memecut ke hospital, dan tanpa nombor terus masuk emergency jumpa member kat dalam. Macam yg diduga, farish kena admit (padahal sebenarnya tak perlu pun)
Sebelum masuk wad, buat chest xray, Alhamdulillah, Lung clear. maknanya bukan pneumonia.. Kat wad, terus Dr. Aishah check, dan diagnosis cuma Bronchiolitis.. Alhamdulilla, takdelah serius sangat. Terus Farish kena bagi nebulizer. Ya Allah seksanya, dia bukan macam budak lain yang duduk diam, habis meronta2 dan meraung bila kena cekup mulut dia.. tapi lepas 2x bagi neb, terus sesak nafasnya hilang.
Kat dalam wad, macam biasa, Farish bukan jenis budak yg reti duduk diam. kejap nak turun, kejap nak berdiri, kejap nak itu kejap nak ini. Yang aku ni, penat bau balik Langkawi tak habis lagi, kena duduk pulak dalam wad.. nak buat macam mana demi anak.
Memandangkan aku masih dalam 28hari proses pemangkuan, maka aku tidak dibenarkan bercuti. Nasib baik boss aku tak kisah, dia bagi pelepasan 2 hari.. Thanks dr. Zul.. Hari kedua kat dalam wad, anak aku makin sihat, tapi aku pulak yang tak sihat.. Terus demam.. Pening kepala tak payah cakaplah.. Farish pulak asyik merengek, yelah, selalu boleh lasak, kat dalam wad, kena duduk atas katil jer, mana boleh.
Memanangkan duuk kat wad pun Farish cuma diberi nebulizer setiap 6 jam, ada baiknya aku minta AOR jer.. sebenarnya aku yang dah tak larat.. Discuss ngan pakar, diorang bagi discharge..
Balik rumah tu, aku terus demam.. Nasib baik hubby pun dah habis kursus tengah hari tu.. maka dialah yang menaga farish pulak, dn aku dapatlah berehat sepanjang hariii...
Friday, 24 April 2009
Alhamdulillah atas Rezeki Mu Ya Allah
Sesungguhnya syukur ini buat padaMu Ya Allah. Kau memurahkan rezeki kami walaupun kami sering lalai dan alpa dengan perintahMu. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sejak kecil, orang selalu cakap aku ni murah rezeki. Alhamdulillah, walaupun aku dibesarkan dalam keluarga yg boleh dikatakan kurang berada, tapi rezeki aku tak pernah surut. Sejak dibangku sekolah, aku sering mendapat hadiah Bantuan Kewangan dari PIBG. Masuk sekolah menengah, pengajianku dibiayai oleh Biasiswa Kecil Persekutuan dan di Uni, aku dibiayai oleh pinjaman MARA dan selepas grad pinjaman aku telah diconvert menjadi biasiswa. Maknanya, aku tidak perlu membayar sesen pun dari jumlah pinjaman aku berjumlah RM35,000.00 itu.
Aku pulak tak perlu mencari kerja sana sini, time final year, KKM telah mewujudkan post Pegawai pemulihan Perubatan (Pertuturan), dan kami terus merebut peluang itu dan Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan menganggur, aku telah mendapat tawaran kerja tetap di negeri aku sendiri. Semasa kerja gajiku biasa2 saja. pada asalnya, gaji pokok kami hanyalah RM1700.00 sebulan. Alhamdulillah selepas semakan semula, tangga gaji kami meningkat. Aku adalah orang yang terakhir menerima tunggakan penyelarasan gaji tersebut. Dekat 3 tahun jugak tu, ntah mana sangkutnya. Dan Alhamdulillah, ketika aku hampir bertunang, tunggakan gaji aku telah diterima, maka aku ada simpanan untuk belanja kahwin aku.. Aku tak sebertuah orang lain yang majlis perkahwinan mereka disponsor oleh ibu bapa dan keluarga.. Majlis kenduri aku 90% dari duit sendiri aku manakala 10% lagi dari ihsan kakakku.
Bila hampir kenduri kahwin, aku mendapat lagi berita menggembirakan, permohonan menanggung kerja aku diluluskan, bermakna, gaji aku makin meningkat.. dan sekali lagi aku mendapat tunggakan selama setahun. Memang rezeki aku dan time kenduri orang kampung pun ramai menubangkan itu ini untuk keluarga aku.. (Maklumlah aku ni kira macam idola kampung aku tu).
Bila kahwin, aku lebih banyak menyimpan sebab hubby yang banyak menyara keluarga. Walaupun gajinya lebih kecik dari aku (tapi kalau campur on call claim dia, dia lagi mewah dari aku), tapi katanya, itu tanggungjawab dia terhadap keluarga.. Tapi aku kesian kat hubby, jadi kami sepakat untuk bahagikan tanggungjawab kewangan.
Alhamdulillah, selepas sebulan berkahwin, aku disahkan hamil.. Hubby orang paling gembira di dunia ini bila tahu aku dah mengandung. Serentak berita aku mengandung, aku juga telah dianugerahkan pekerja cemerlang bagi tahun 2007. Alhamdulillah, tambah sikit duit poket. Dan pada masa yang sama juga, hubby telah berjaya memohon pinjaman perumahan dan awal tahun 2008 kami telah memiliki rumah sendiri. Walupun hanya rumah Semi-D setingkat, tapi itu dah cukup untuk kami. tidak perlu lagi menyewa rumah lain.
Sejak kelahiran Farish, rezeki kami bertambah. Hubby selalu mendapat jemputan memberi ceramah CPR di luar (income lagi), walaupun belanja makin meningkat, tapi kami cukup serba serbi.
Masuk tahun 2009, aku pula memohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah kedua kami. sekadar rumah teres setingkat (ni nak buat sewa, adalah harta sikit). Dan Alhamdulillah, 2 minggu loan aku diluluskan kerajaan, dan rumah aku pun bakal siap Julai ini.. Tahun ini pula hubby mendapat anugerah pekerja cemerlang.. Dan tahun ini juga kami dianugerahkan lagi seorang anak, Insya Allah pada bulan 10 ini.
Terkini, aku telah dilantik untuk memangku jawatan U44. dan Alhamdulillah, perjalanan aku sangat mudah, Aku ditempatkan ditempat kerja aku sekarang. Tidak seperti rakan2ku yg lain, ada yg terpaksa ditukarkan ke tempat lain. Yang Ipoh, ke Seremban, yang Terengganu ke Melaka dll lagi.
Sekarang ni menunggu tunggakan lagi (biasalah, komen, naik pangkat jer, kena tunggu tunggakan punya). dan aku percaya ini adalah rezeki anak dalam kandungan. Dan aku percaya tahun ini adalah tahun rezekiku. Dengan pertambahan anak, pertambahan rumah, pertambahan gaji dan juga sebuah MPV baru, Insya Allah Jun ini.. (any ideas?? Estima, Innova, Grand Livina, Exora???)