Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts

Tuesday, 19 May 2009

I'M MOVING

Sorry to all my dear friends..

Memandangkan ku susah nak hapdet blog aku ni, maka aku telah godeh2 PC kat opis dan aku telah create blog baru kat wordpress.. Still baru belajar, so blog baru tu tak banyak input lagi (tak dan lah).. But opefully bila dapat online kat opis senang sikit nak hapdet especially on bidang pertuturan..

So feel free to visit my new home at

http://hanazeem.wordpress.com

Friday, 15 May 2009

Lama tak online

Dah lama rasanya aku tak sempat nak update blog ni.. Yerlah, boleh access kat rumah jer. Tapi tulah, bila balik rumah, dah letih, penat, tido awal... Lagipun sekarang ni Farish makin banyak ragamnya.. Nak tido berkepit, so bila berkepit, aku pun jalan sekali.. selalu sangat tak gosok gigi dan basuh muka sebelum tido. Bila jaga dah kul 4.30pg, terus bangun siapkan kelengkapan nak pergi kerja...

Okay, aku juga tak sempat nak wish Happy Mother's day to all mommies in Malaysia.. So happy belated birthday to all of you.. Tapi tulah, aku sudah tidak dapat mengucapkannya kepada ibuku sendiri kerna beliau sudah meninggalaknku buat selamanya.. ALFATIHAH buat mak tersayang yang bersemadi di Perkuburan Baqi', Madinah dan juga buat mak yg telah mengasuh dan menjagaku sejak dari umurku 6 bulan hingga 29thn yang telah bersemadi di perkuburan Islam Guar chempedak pada 20 Jun 2007.

Tuesday, 28 April 2009

We live appily ever after......

Kenapa entry aku macam ni plak.. Apa yang aku nak cerita ni ha??

takdelah,, aku sebenarnya dikejutkan dengan berita penceraian kawan aku.. Baru 4 tahun kawen dah berpisah... Ya! setakat itu jodoh merekakan, nak buat macam mana..

tapi itulah,, kadang2 percintaan bertahun-tahun belum menjadikan kebahagian selepas kawen.. Dan aku sentiasa berdoa agar rumah tangga aku tidak ditimpa kecelakaan tersebut.. Nauzubillah.

Pasal artis bercerai berai,, itu aku taknak komen.. Aku bukan kenal mereka pun.. Tapi bila terjadi kat kawan2 aku, aku jadi simpati. Yelah, kawan yang kita bergelak ketawa bersama,, tiba2 dia berduka seorang... Kenapa perlu bercerai.. Apatah lagi kalau dah ada anak pinak..

Paling singkat kawan aku kawen adalah sebulan.. Hidup secara PJJ, tetiba laki ada pompuan lain dan tak hiraukan lagi isteri yang setia tunggu setiap minggu suami balik.. Bila suami asyik bagi alasan tak balik, si isteri sendiri turun ke ibu kota, konon2 nak surprisekan suami.. Rupanya diri sendiri yang disurprise.. Suamiku bersama orang lain.. Akhirnya, kata putus diambil... BERPISAH.. Isteri masih sayangkan suami, tapi suami buat tak endah saja.. Tapi selepas 3 tahun berpisah, aku nampak kawan aku lebih bahagia..

Ada lagi satu kisah kawan aku.. Bercinta satu tempat kerja.. berkahwin dan dikurniakan seorang anak.. Si isteri mohon ditukarkan tempat bertugas, kerana memang niat nak pulang ke negri kelahiran.. Maka pulanglah si isteri bersendirian dahulu kerana permohonan suami untuk berpindah tidak diluluskan.. Kehidupan PJJ mereka sangat bahagia, saban minggu suami akan pulang mnjenguk,, dan sehingga dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Selepas 3 tahun PJJ, akhirnya suami dapat berpindah juga ke negeri kelahiran mereka.. Tapi itulah,, sebaik pindah, istana bergoyang,, dan akhirnya roboh jua.. 

Ada banyak lagi kisah kawan2 aku yang kadang2 buat aku cuak.. Aku selalu berdoa agar rumahtangga kami sentiasa dirahmati Allah.. 

E-filing

Adakah anda semua telah melengkapkan borang E-filing anda??? Cepat esok dah tarikh akhir dah..

Aku bukannya kakitangan LHDN, tapi sajer jer nak ingatkan orang lain.. Tapi kalau tak bayar,, kena tindakan ker??

Aku antara orang yang lambat daftar ngan LHDN,, pas 6 tahun kerja baru aku daftar.. Bagus tak aku.. Kenapa aku tak daftar??? Sebab kakak aku tolong kirakan pendapatan aku, tak dikenakan cukai.. Pasal tu aku tak daftar..

Dan aku adalah orang yang tak pernah isi borang culai, yang tak pernah buat E-filing... Kenapa?? Jangan kutuk aku dulu..

Selama ini kakak aku yang buatkan.. Hehehe! Kakak aku kerja Pembantu Taksir kat LHDN.. Apalagi, gunalah kesempatan yang ada.. Dari zaman isi borang dulu sampailah E-filing sekarang,, sumpah kalau orang suruh aku tolong buatkan,, aku memang surender.. Lecehlah..

Tapi tulah, kiranya masih ada 18thn lagi untuk aku gunakan kakak aku,, pastu, kena buat sendiri.. hahaha!

Maka,, SUDAHKAH ANDA MENGHANTAR CUKAI PENDAPATAN ANDA???

Sunday, 26 April 2009

Farish admitted again

Hmm.. since minggu lepas Farish dapat selesema.. Ntahlah, sejak aku pregnant ni kerap pulak dia selesema. Mungkin kekurangan susu ibu dalam tubuh dua mennyebabkan sistem imuniti dia berkurang. Tapi dia tetap aktif macam biasa.. Malah semakin menjadi2 aktifnya.. (hubby selalu tanya, bukan hyper ker anak kita ni??? - Hish! minta dijauhkan Allah)

Minggu lepas jugak aku tinggal berdua jer ngan farish, hubby kena attended kursus INTAN selama 5 hari.. Tapi macam biasalah, hubby mana boleh berenggang ngan Farish, selang sehari balik rumah. Esoknya, seawal kul 6 dah bertolak pergi Sg. Petani dengan motor Honda x5 nyer.

Hari Selasa lepas, macam biasa, aku kena pergi Langkawi untuk therapy visit. Nasib baik aku dah masak makanan Farish malam tadi sebab aku tau, farish akan terjaga kalau takde orang kat sebela dia. Makanya seawal kul 6 pagi, aku dah ahntar Farish ke rumah Kak Ani..

Petangnya, bila aku balik dari Langkawi, aku terus pergi amik farish. Bila sampai kat rumah Kak Ani, aku tengok motor hubby dah ada kat situ. Pastu nampak terkocoh2 dia keluar dukung Farish, dan terus minta aku pergi hspital.. Time tu aku tengok Nafas Farish dah tercungap2, nampak otot2 interkostal dia terpaksa bekerja keras untuk bernafas... Kami pun terus memecut ke hospital, dan tanpa nombor terus masuk emergency jumpa member kat dalam. Macam yg diduga, farish kena admit (padahal sebenarnya tak perlu pun)

Sebelum masuk wad, buat chest xray, Alhamdulillah, Lung clear. maknanya bukan pneumonia.. Kat wad, terus Dr. Aishah check, dan diagnosis cuma Bronchiolitis.. Alhamdulilla, takdelah serius sangat. Terus Farish kena bagi nebulizer. Ya Allah seksanya, dia bukan macam budak lain yang duduk diam, habis meronta2 dan meraung bila kena cekup mulut dia.. tapi lepas 2x bagi neb, terus sesak nafasnya hilang.

Kat dalam wad, macam biasa, Farish bukan jenis budak yg reti duduk diam. kejap nak turun, kejap nak berdiri, kejap nak itu kejap nak ini. Yang aku ni, penat bau balik Langkawi tak habis lagi, kena duduk pulak dalam wad.. nak buat macam mana demi anak.

Memandangkan aku masih dalam 28hari proses pemangkuan, maka aku tidak dibenarkan bercuti. Nasib baik boss aku tak kisah, dia bagi pelepasan 2 hari.. Thanks dr. Zul.. Hari kedua kat dalam wad, anak aku makin sihat, tapi aku pulak yang tak sihat.. Terus demam.. Pening kepala tak payah cakaplah.. Farish pulak asyik merengek, yelah, selalu boleh lasak, kat dalam wad, kena duduk atas katil jer, mana boleh.

Memanangkan duuk kat wad pun Farish cuma diberi nebulizer setiap 6 jam, ada baiknya aku minta AOR jer.. sebenarnya aku yang dah tak larat.. Discuss ngan pakar, diorang bagi discharge..

Balik rumah tu, aku terus demam.. Nasib baik hubby pun dah habis kursus tengah hari tu.. maka dialah yang menaga farish pulak, dn aku dapatlah berehat sepanjang hariii...

Friday, 24 April 2009

Alhamdulillah atas Rezeki Mu Ya Allah

Sesungguhnya syukur ini buat padaMu Ya Allah. Kau memurahkan rezeki kami walaupun kami sering lalai dan alpa dengan perintahMu. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sejak kecil, orang selalu cakap aku ni murah rezeki. Alhamdulillah, walaupun aku dibesarkan dalam keluarga yg boleh dikatakan kurang berada, tapi rezeki aku tak pernah surut. Sejak dibangku sekolah, aku sering mendapat hadiah Bantuan Kewangan dari PIBG. Masuk sekolah menengah, pengajianku dibiayai oleh Biasiswa Kecil Persekutuan dan di Uni, aku dibiayai oleh pinjaman MARA dan selepas grad pinjaman aku telah diconvert menjadi biasiswa. Maknanya, aku tidak perlu membayar sesen pun dari jumlah pinjaman aku berjumlah RM35,000.00 itu.

Aku pulak tak perlu mencari kerja sana sini, time final year, KKM telah mewujudkan post Pegawai pemulihan Perubatan (Pertuturan), dan kami terus merebut peluang itu dan Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan menganggur, aku telah mendapat tawaran kerja tetap di negeri aku sendiri. Semasa kerja gajiku biasa2 saja. pada asalnya, gaji pokok kami hanyalah RM1700.00 sebulan. Alhamdulillah selepas semakan semula, tangga gaji kami meningkat. Aku adalah orang yang terakhir menerima tunggakan penyelarasan gaji tersebut. Dekat 3 tahun jugak tu, ntah mana sangkutnya. Dan Alhamdulillah, ketika aku hampir bertunang, tunggakan gaji aku telah diterima, maka aku ada simpanan untuk belanja kahwin aku.. Aku tak sebertuah orang lain yang majlis perkahwinan mereka disponsor oleh ibu bapa dan keluarga.. Majlis kenduri aku 90% dari duit sendiri aku manakala 10% lagi dari ihsan kakakku.

Bila hampir kenduri kahwin, aku mendapat lagi berita menggembirakan, permohonan menanggung kerja aku diluluskan, bermakna, gaji aku makin meningkat.. dan sekali lagi aku mendapat tunggakan selama setahun. Memang rezeki aku dan time kenduri orang kampung pun ramai menubangkan itu ini untuk keluarga aku.. (Maklumlah aku ni kira macam idola kampung aku tu).

Bila kahwin, aku lebih banyak menyimpan sebab hubby yang banyak menyara keluarga. Walaupun gajinya lebih kecik dari aku (tapi kalau campur on call claim dia, dia lagi mewah dari aku), tapi katanya, itu tanggungjawab dia terhadap keluarga.. Tapi aku kesian kat hubby, jadi kami sepakat untuk bahagikan tanggungjawab kewangan.

Alhamdulillah, selepas sebulan berkahwin, aku disahkan hamil.. Hubby orang paling gembira di dunia ini bila tahu aku dah mengandung. Serentak berita aku mengandung, aku juga telah dianugerahkan pekerja cemerlang bagi tahun 2007. Alhamdulillah, tambah sikit duit poket. Dan pada masa yang sama juga, hubby telah berjaya memohon pinjaman perumahan dan awal tahun 2008 kami telah memiliki rumah sendiri. Walupun hanya rumah Semi-D setingkat, tapi itu dah cukup untuk kami. tidak perlu lagi menyewa rumah lain.

Sejak kelahiran Farish, rezeki kami bertambah. Hubby selalu mendapat jemputan memberi ceramah CPR di luar (income lagi), walaupun belanja makin meningkat, tapi kami cukup serba serbi.

Masuk tahun 2009, aku pula memohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah kedua kami. sekadar rumah teres setingkat (ni nak buat sewa, adalah harta sikit). Dan Alhamdulillah, 2 minggu loan aku diluluskan kerajaan, dan rumah aku pun bakal siap Julai ini.. Tahun ini pula hubby mendapat anugerah pekerja cemerlang.. Dan tahun ini juga kami dianugerahkan lagi seorang anak, Insya Allah pada bulan 10 ini.

Terkini, aku telah dilantik untuk memangku jawatan U44. dan Alhamdulillah, perjalanan aku sangat mudah, Aku ditempatkan ditempat kerja aku sekarang. Tidak seperti rakan2ku yg lain, ada yg terpaksa ditukarkan ke tempat lain. Yang Ipoh, ke Seremban, yang Terengganu ke Melaka dll lagi.

Sekarang ni menunggu tunggakan lagi (biasalah, komen, naik pangkat jer, kena tunggu tunggakan punya). dan aku percaya ini adalah rezeki anak dalam kandungan. Dan aku percaya tahun ini adalah tahun rezekiku. Dengan pertambahan anak, pertambahan rumah, pertambahan gaji dan juga sebuah MPV baru, Insya Allah Jun ini.. (any ideas?? Estima, Innova, Grand Livina, Exora???)

Sunday, 12 April 2009

Good Luck Bi

Bulan ni adalah minggu exam hubby. Kesian hubby, tak dapat nak study, masanya dihabiskan dengan melayan Farish. Hubby taknak menyusahkan aku yang tengah pregnant, so dia banyak ambik alih tugas aku melayan Farish sehingga terabai masa study dia..

Ni jadual exam PJJ hubby

10/4/09 - JKE101- Pengantar ekonomi

12/04/09- JKA101- Pengantar sosiologi & antropologi

15/04/09 - JKJ104-  Kaedah Penyelidikan

16/04/09- JKA216 - Teori paradigma

17/04/09- JKA213- Ketidaksamaan sosial

18/04/09- JUU101- Teknik berfikir

22/04/09- JUE100- English

Aku nak tolong pun aku dulu bukan study human science.. Aku tolong baca pun, aku yang pening. Kesian hubby, dulu aku janji aku nak support dia study, tapi sekarang ni susah sikit, asyik dengan anak jer. Tapi aku harap Hubby tabah dan tenang menjawab soalan.. Takpa, bi tak dapat markah best pun takpa, Hana tetap bangga dengan bi sebab bi ada semangat nak sambung belajar...

Monday, 6 April 2009

Aduih!

sajer jer letak tajuk entry macam tu, sebabnya, itulah perasaan aku sekarang... Aku taktau sejak 2 menjak ni, aku jadi penat gila lepas balik kerja... Dah berapa malam miss dinner, kadang tu sampai ter miss maghrib. Teruknyer aku ni... Adakah disebabkan oleh pregnancy?? tapi aku rasa tidak.. the whole day, aku energetic, tapi bila balik rumah, tiba2 jer mood jadi lain..

Yang Farish pon, sejak 2 menjak ni, merap ia menjadi2. Kadang tu memang menguji kesabaran.. Nak berkepit 24 jam. Tak boleh letak langsung, meraung tahap gaban. Time hubby ada, okay sikit, tapi bila time hubby kena on call, memang melampau2 merap dia,, sampai aku tak boleh nak bergerak langsung... After maghrib aku memang terus tidokan dia... sebelum tu aku dah kenyangkan dia dengan bubur ker, nasi ker, apa2la yang aku rasa mengnyangkan dia.. (off course dia kenyang, sekarang ni dia boleh habiskan bubur semangkuk dewasa), minum air kadang sampai 1 cawan... bila tido tetap nak nyonyot.. Kalau dulu after 5-10 min, dia boleh lepaskan B. Sekarang ni, kalau aku cabut even after 1 hour, mesti dia melalak.. So terpaksa bagi dia melekat kadang tu dari maghrib sampai subuh.. dan dah berapa mlam aku pon tak sempat tukar baju, tak mandi, terus tido sampai subuh.

Tapi yang herannya, bila hubby yang tidokan, cepat pulak dia tido.. pastu lena pulak tu...

Sekarang ni weekend, kaka aku selalu datang amik Farish... Legalah sikit aku, sebab bolehlah aku buat kerja. tapi bila duduk rumah orang, baiklah pulak... Aku rasa Farish ni nak persekitaran yang ramai orang.. dan ada orang boleh entertain dia 24jam. 

Dan aku rasa sebab aku tengah pregnant sama.. aku selalu dengar, budak2 ni kalau kita tengah pregnant, lagi mengada2 perangai dia. Mungkin Farish tergolong dalam golongan macam tu..

Last weekend, balik rumah MIL,, sekali dia ternampak aku BF kan Farish, terus kena soundlah. Katanya, tak baik bagi hisap susu kalau kita mengandung, nanti jadi b*d*h anak kita tu... nak kata apa, aku iyakan jerlah.. cakap MIL bukan boleh nak bantah.. Pastu aku pulak yang kena sound ngan hubby "kenapa BF depan mak, kan dah kena".. sbab hubby dah cakap kat MIL yang Farish dah stop BF...

Aduhai!

Wednesday, 1 April 2009

Bila nak masuk setahun.....

Lagi beberapa hari anak aku Farish nak masuk umur setahun... Semakin hampir umur setahun macam-macam benda baru yang berlaku.. Ada yang happy ada yang kureng..

Bermula dengan Farish demam, kemudian mulut pecah2 dan kini campak... Memang merisaukan aku, aku bukan risau sakit dia tu, tapi sebab dia hilang selera makan. Bayangkan selalunya bekal yang aku hantar tiap2 hari kat rumah Kak Ani mesti licin, sekarang ni, lunch memang tak sentuh.. Balik rumah jer nak melekap jer ngan nenen... Dahler milk supply aku tak semewah dulu, dan Farish macam tak suka bila kami try bagi FM (aku dapat anmum essential sample),, tapi bila bagi air kosong,laju plak dia minum.. Memang jaga kesihatan anakku ini.

Semalam, farish ada follow up ngan paeds.. lagi sekali aku dikejutkan bahawa Farish mempunyai Thalassemia trait.. Aku baca report blood test dia, memang diagnose low Hb dan moderate anemia.. Luckily, Farish cuma pembawa, makanya perlu follow up untuk 2,3 monthly nak tengok progress. Disebabkan itu, aku ngan hubby kena buat blood screening untuk trace who is a carrier.. Tapi naluri aku merasakan yang mungkin aku... sebabnya Hb aku pon low juga... Nampaknya, aku kenalah screen bakal menantu aku nanti ni..

Setelah melalui hari2 yang payah, hari ini ada berita yang menggembirakan aku tentang Farish. Pertama, farish dah tumbuh gigi, satu kat bahagian bawah, satu kat atas.. Patutlah dia meragam.. Dan hari ni selera makannya kembali.. Bekal hari ni habis licin, dan balik tadi habis semangkuk puri labu dia bedal.. Paling happy tentulah aku.. Mananya aku tak risau, timbang semalam berat farish maintain 8.7kg.

Farish pon makin banyak jargon speech dia,,cuma aku masih confused, mana satu 1st word dia.. Dulu aku dengar dia sebut 'mak', pastu baru2 ni aku dengar dia sebut 'adeh!' tiap kali dia nangis,, dan kadang2 dia sebut 'abi',, cuma semua tu belom konsisten.. Aku tak kisah word lain, yang aku tunggu, hanyalah word "IBU".

Sunday, 29 March 2009

Farish kena demam campak

Sejak aku balik KL Khamis lalu, Farish demam. Bila malam jer demam kuat. Memang kena berjaga untuk jelum kepala dia nak turunkan suhu.

Hubby cerita hari Khamis tu Farish kerap terkejut, kat rumah Kak Ani pon sama.. Makan tak lalu, asyik merengek jer. Mungkin sebab dah 2 hari Farish keluar rumah sebelum subuh, even seawal kul 4pg, takut juga ter'kena' apa2. Maka, hubby buka bacaan ayat suci, barulah Farish tidur nyenyak.

Hari jumaat, aku cuti, Farish hilang selera makan.. Dia hanya makan buah dan menyonyot jer. Aku ni dah la makin kurang susu, kesian kat dia. bagi ebm, dia reject. Merengek sepanjang hari, aku pon takleh nak buat kerja sepanjang Jumaat tu. Petang tu Kak Ani datang rumah. Dia kesian tengok farish, dia pon pergi minta air penawar kat sorang Pak Haji ni.. Kalau ikut Pak Haji ni, farish mungkin akan kena campak. Kak Ani bawakan air penawar tu untuk bagi Farish minum, dan the rest Kak ani akan buatkan.

Masuk Sabtu, aku seperti biasa ada aktiviti kat Pusat Sindrom Down dan hubby pulak ada meeting. Maka aku terpaksa minta bantuan kakak aku jagakan Farish. Aku balik tengah hari tu, anak sedara aku cakap yang Farish menangis sepanjang hari, takmau makan langsung.. aku masuk rumah apalagi, lagilah berlinang air mata kasih anak aku tu minta nenen.. Kakak aku kata paapon dia takmau makan, takmau minum. Bila kau tengok mulut dia, dah pecah2 bibir dia dan nak putih2 kat bibir dalam, patutlah dia taknak makan, mulut sakit.

Takut juga kalau Farish kena coxackie @ HFMD.. aku belek2 tangan & kaki, takde apapon. Bila aku balik, aku try suap betik, pulun anakku , lapar sangatlah tu + merajuk aku tinggalkan dia pagi2 ni.

Semalam pas balik kerja, seperti biasa amik Farish dari rumah kak Ani, kak Ani cuma cakap dia tak lalu makan,, tapi nasib baiklah BS aku ni jenis sabar, dia suap gak pelan2 sampai habis gak bekal Farish semalam.

Balik rumah, Farish mcm biasa minta nenen.  Bagi makan yang lain pon taknak. Tengah nenen tu baru aku perasan yang belakang leher dia start naik ruam, aku stop BF, belek muka pulak, dah nampak ruam2 kat dahi. Aku tunuk kat Hubby, aku belek2 dan tengok belakang badn, dah penuh satu badan naik ruam. Terus kitorang bawa ke rumah Kak Ani, nak confirm campak ke tak (nampak sgt kitorang medical staf pon tak tau).

Pergi rumah Kak Ani, terus tunjuk dia confirm tu campak sekam (campak yang kecik2 tu). Rasanya time amik balik tadi Farish terkena hujan, tu yang terus keluar rashes. Kak Ani terus telefon Pak Haji tu, dan Pak Haji tu bagi petua apa yang nak kena buat. Mula tu aku ingat nak ambik cuti dah esok, tapi kak Ani kata takpa, dia akan buatkan. Alhamdulillah kami diberi pengasuh yang sngat baik macam Kak Ani.

Hari ni.. minta2 ruam Farish kelaur lebih banyak. Kalau orang2 tua kata, campak ni kena keluar habis, bila naik sampai ke kaki, makan Insya Allah, baiklah dia sebab semua campak dah keluar dari badan . Waalahualam..

Bayi Tercomel


Last 2 month, aku n hubby hantar penyertaan untuk peraduan baby comel anjuran satu supermarket yang baru buka kat Alor Setar ni. Saja cuba nasib... Pas hantar gambar, hubby selalu pergi monitor kot2 gambar Farish keluar kat notice board tu. Tapi tak nampak pon gambar Farish, so tak menaruh harapan. lagipun beratus2 yang masuk, dan 70% adalah baby chinese (company tu pon chinese punyer).

Last 2 weeks, aku dapat phone call dari company tu, minta hadir diri untuk amik hadiah. Alhamdulillah, lekat juga nama dia dalam 20 orang baby comel tu. Walaupon dapat saguhati, kira berbaloilah. Kitorang cuma belanja RM20.00, tapi hadiah untuk saguhati jer dah bernilai RM100.00. Baucer RM50.00, hamper barangan bayi RM30.00, plak dan frame gambar yang cantik yang aku tengok harganya RM40.00.

Maka pada hari kejadian, aku n hubby n Farish pergilah mengambil hadiah. Memang seperti yang dijangka 70% pemenang adalah Chinese.. Kira Farish antara baby yang bertuah terselit dalam tu...

Thanks to Kawan Heng.

Tuesday, 24 March 2009

Minggu yang memenatkan

Humm... Minggu ni adalah minggu yang amat memenatkan aku. Everyday ada jer aktiviti termasuk 2 hari travelling.

Masuk kerja ahad tu, dok bertungkus lumus menyiapkan checklist yang bos minta, disebabkan bos aku pon takde minggu depan, dan aku plak sibuk minggu ni, aku siapkan juga checklist tu. Dah siap, tgh tunggu feedback boss.

Isnin, klinik heavy, habis kul 1.15pm. Petang tu jumpa boss jap, pastu gi meeting "urusetia netball inter hospital" sampai kul 5pm. Balik klinik packing barang nak bawak pi Langkawi esoknya.

Semalam, bangun seawal 3.30pg, masak breakfast & lunch kat Farish. Bertolak keluar rumah kul 6pg, breakfast kt K.Kedah dan naik bot kul 7.15pg ke Langkawi. Tiap2 bulan kena macam ni sebab SLT lagi sorang dah nak bersalin (pas dia naik kerja, aku buli dia plak, sebab aku plak nak bersalin, hehehe!), habis klinik kat hospital Langkawi kul 2pm, terus balik K.Kedah bot 4pm. Hujan, bot terhoyong hayang, akupun dapat bot lag. balik tido tak sedar diri....

Hari ni, kerja cam biasa.

Esok, lagi kena bangun awal. Ingat nak masak siap2 kat Farish. Kena keluar rumah seawal 4am, pergi hospital naik transport hospital untuk ke airport Penang. Flight kul 6.45am, meeting kat HKL kul 9am - 4pm. Malam balik flight kul 8.10pm. Nasib baik jumaat cuti.

Jumaat siang, macam biasa aku akan basuh baju dan kemas rumah. Hubby oncall plak. Malam tu pergi Supermarket Kwan Heng, untuk penyampaian hadiah bayi tercomel. Farish dapat hadiah saguhati (1st - 5 prize, semua chinese). 

Sabtu, pagi tu hubby ada meeting CPR, aku plak ada aktiviti kat Pusat Down's syndrome Kedah sampai kul 12am. Farish... tak decide lagi.. nak tinggal kat kakak aku ker, kat pengasuh???

Aduih! kalau tiap2 minggu mcm ni... boleh pengsan aku...

Monday, 23 March 2009

Di sebalik panggilan nama

Saja nak merapu sikit pagi2 buta ni...

Apa korang panggil kat husband korang??? Abang, darling, hubby,anje, awak @ nama ajer? Aku percaya lebih 50% memanggil suami masing2 abang kan?

Time tunang dulu arwah mak selalu pesan, panggil tunang dengan "abang" bukan panggil nama macam yang arwah mak tengok aku panggil tunang aku. Tapi aku jawablah, "Ala! nanti kawen chek panggillah abang"

Bila kawen mak aku sound lagi sekali sebab dia tak dengar aku pangil 'abang pon, dia dengar aku panggil "Bi". Aku explain kat mak aku, "boringlah nak panggil abang. Nanti check panggil laki chek, abang2 iparlak yang menyahut (aku panggil semua abang2 iparku 'abang'). Lagipun 'bi' tu singkatan dari perkataan Arab "Habibi"... Haha! Mak kena kelentong.

Sebenarnya, sebelum tunang, memnag aku panggil nama jer kat hubby aku. Time awal tunang, start panggil abang. Tetiba satu hari tu saja jer aku galak panggil dia "Bi" (kena tiru gaya Ifa Raziah dalam drama Seputih Qaseh Ramadhan), tup2 hubby suka. Hubby nyer reason, semua orang dah panggil dia abang, makanyaaku takde hak exclusive dalam panggilan nama dia. Bila panggil 'bi' nampaklah panggilan tu exclusive untuk aku sorang jer.

Dalam pada itu terdapat juga insan yang prihatin bila aku panggil 'bi'. Anak sedaraku yang ketika itu berusia 6 tahun. Mungkin dia heran kot, selama ni semua orang panggil 'abang' kat suami masing2. Lantas dia bertanya kat aku "Chikna, kenapa Chikna panggil chik Nazim Herbie". Aduhai anak menakanku, dia samakan laki aku macam rancangan animasi favourite dia time tu "Herbie, the car race". Nasib baik dia kata Herbie, kalau dia kata "ba*i" camner aku nak jawab..

Saja nak merapu pagi2 ni...

Friday, 20 March 2009

Kembar si Solo

Aziyati baru jer selamat melahirkan baby kembarnya hari jumaat 13/03/2009. Alhamdulillah normal delivery dengan birth weight baby 2.5kg dan 2.9kg (besar tu). Si Ati ni kecik jer orangnya. Kagum sungguh aku.

Time aku pergi melawat tu, diorang dok tengah cari nama, last2 dapatlah nama Izzati Hanan dan Izzati Hanin (cam nama aku pon ada).

 Sebelah kiri : Izzati Hanin, kanan: Izzati Hanan

Aku sebenarnya mengidamkan anak kembar untuk trip yang ni. Tapi tak taulah. Bila yer kita boleh detect yang baby kita ni kembar???

Kalau ikut keturunan sebelah aku, memang tak wujud kembar (taktaulah kalau yang bau-bau bacang), tapi ikut sebelah hubby, ada ramai gak. Selain adik ipar aku, Chah & Mah, anak sepupu hubby pun ada 2 pasang kembar... Ada chance tak aku ni nak preggy kembar???

Tapi kembar ni banyak risiko, antaranya, prematurity, hypoxic... Ada mother patient aku yang ngandung kembar berat naik lebih 30kg, dan berat baby 3.3kg & 3.5kg (lagilah besar), yang tu confirm kena caesar. Ramai gak yang aku dengar, sorang kembar mati dlaam kandungan dan ibu terpaksa teruskan kandungan sehingga alive fetus yang satu lagi selamat. 

Anak kembar ker, single ker, suami tu rezeki dari Allah kan? Kena bersyukur dengan apa yang diberikan.