Actually time pregnant tak masuk list pum breastpump ni. Yelah, rabun lagi waktu tu. Nak dijadikan cerita Farish kena Jaundice (hari ke8), kena admit. Lepas hantar Farish, aku ngan hubby pun baru terhegeh2 nak cari pam. Biasalah aku ni jenis berjimat-cermat (ceh!), maka beli yang paling murah, pam pureen (brapa belas hengget dah lupa lak)
Tapi paling berjasa time Farish masuk wad sebab sepsis. 5 hari kat wad sebab nak complete antibiotik. Time tu aku pumping siang malam, paksa hubby pergi hantar tengah2 malam. Siang hari bertapa kat hospital nak bagi direct BF. Alhamdulillah, hari Farish keluar tu masih ada balance 5 bekas yang tak sempat guna.
Pureen ni berjasa sampai umur Farish 3bulan. Time tu aku dah terpikat kat Spectra3 (S3). Lagipun pureen ni dah haus dah. Terpercik2 kelaur susu aku bila tarik pam. Akhirnya aku dah miliki S3 ni. Hubby mula2 tu bising sebab beli pam mahal2. Tapi lepas tengok hasil tenusuku, hubby menjadi duta tak rasmi S3 kepada kawan2 dia.
Dengan S3 ni aku rasa berbaloi sebab double pumping, boleh cut time pumping. Kalau pureen dulu dekat setengah jam untuk dapatkan 9oz. S3 ni 15 min aku dah dapat 10oz. Maka dengan itu stok susuku menjadi sebanyak ini.
Alhamdulillah, sampai skarang aku masih mampu berikan yang terbaik buat anakku. Sekadar nak kongsi jadual pumping aku.
Sebelum Farish 6 bulan
1. pukul 6.00am (double pumping)
2. pukul 10am (double pumping)
3. pukul 1.00pm (double pumping)
4. pukul 4.30pm (double pumping)
5. pukul 9.00pm (double pumping)
6. pukul 12.00am (single pumping with direct BF the other side)
7. pukul 3.00am(single pumping with direct BF the other side)
Biasanya aku boleh dapat 30-40oz perday.
Selepas 6 bulan
1. 6.00am
2. 1.00pm
3. 4.30pm
Balik rumah direct BF sebab Farish reverse cycling.
Sekarang ni total aku dapat 16oz perday.
No comments:
Post a Comment