Sunday 29 March 2009

Farish kena demam campak

Sejak aku balik KL Khamis lalu, Farish demam. Bila malam jer demam kuat. Memang kena berjaga untuk jelum kepala dia nak turunkan suhu.

Hubby cerita hari Khamis tu Farish kerap terkejut, kat rumah Kak Ani pon sama.. Makan tak lalu, asyik merengek jer. Mungkin sebab dah 2 hari Farish keluar rumah sebelum subuh, even seawal kul 4pg, takut juga ter'kena' apa2. Maka, hubby buka bacaan ayat suci, barulah Farish tidur nyenyak.

Hari jumaat, aku cuti, Farish hilang selera makan.. Dia hanya makan buah dan menyonyot jer. Aku ni dah la makin kurang susu, kesian kat dia. bagi ebm, dia reject. Merengek sepanjang hari, aku pon takleh nak buat kerja sepanjang Jumaat tu. Petang tu Kak Ani datang rumah. Dia kesian tengok farish, dia pon pergi minta air penawar kat sorang Pak Haji ni.. Kalau ikut Pak Haji ni, farish mungkin akan kena campak. Kak Ani bawakan air penawar tu untuk bagi Farish minum, dan the rest Kak ani akan buatkan.

Masuk Sabtu, aku seperti biasa ada aktiviti kat Pusat Sindrom Down dan hubby pulak ada meeting. Maka aku terpaksa minta bantuan kakak aku jagakan Farish. Aku balik tengah hari tu, anak sedara aku cakap yang Farish menangis sepanjang hari, takmau makan langsung.. aku masuk rumah apalagi, lagilah berlinang air mata kasih anak aku tu minta nenen.. Kakak aku kata paapon dia takmau makan, takmau minum. Bila kau tengok mulut dia, dah pecah2 bibir dia dan nak putih2 kat bibir dalam, patutlah dia taknak makan, mulut sakit.

Takut juga kalau Farish kena coxackie @ HFMD.. aku belek2 tangan & kaki, takde apapon. Bila aku balik, aku try suap betik, pulun anakku , lapar sangatlah tu + merajuk aku tinggalkan dia pagi2 ni.

Semalam pas balik kerja, seperti biasa amik Farish dari rumah kak Ani, kak Ani cuma cakap dia tak lalu makan,, tapi nasib baiklah BS aku ni jenis sabar, dia suap gak pelan2 sampai habis gak bekal Farish semalam.

Balik rumah, Farish mcm biasa minta nenen.  Bagi makan yang lain pon taknak. Tengah nenen tu baru aku perasan yang belakang leher dia start naik ruam, aku stop BF, belek muka pulak, dah nampak ruam2 kat dahi. Aku tunuk kat Hubby, aku belek2 dan tengok belakang badn, dah penuh satu badan naik ruam. Terus kitorang bawa ke rumah Kak Ani, nak confirm campak ke tak (nampak sgt kitorang medical staf pon tak tau).

Pergi rumah Kak Ani, terus tunjuk dia confirm tu campak sekam (campak yang kecik2 tu). Rasanya time amik balik tadi Farish terkena hujan, tu yang terus keluar rashes. Kak Ani terus telefon Pak Haji tu, dan Pak Haji tu bagi petua apa yang nak kena buat. Mula tu aku ingat nak ambik cuti dah esok, tapi kak Ani kata takpa, dia akan buatkan. Alhamdulillah kami diberi pengasuh yang sngat baik macam Kak Ani.

Hari ni.. minta2 ruam Farish kelaur lebih banyak. Kalau orang2 tua kata, campak ni kena keluar habis, bila naik sampai ke kaki, makan Insya Allah, baiklah dia sebab semua campak dah keluar dari badan . Waalahualam..

Bayi Tercomel


Last 2 month, aku n hubby hantar penyertaan untuk peraduan baby comel anjuran satu supermarket yang baru buka kat Alor Setar ni. Saja cuba nasib... Pas hantar gambar, hubby selalu pergi monitor kot2 gambar Farish keluar kat notice board tu. Tapi tak nampak pon gambar Farish, so tak menaruh harapan. lagipun beratus2 yang masuk, dan 70% adalah baby chinese (company tu pon chinese punyer).

Last 2 weeks, aku dapat phone call dari company tu, minta hadir diri untuk amik hadiah. Alhamdulillah, lekat juga nama dia dalam 20 orang baby comel tu. Walaupon dapat saguhati, kira berbaloilah. Kitorang cuma belanja RM20.00, tapi hadiah untuk saguhati jer dah bernilai RM100.00. Baucer RM50.00, hamper barangan bayi RM30.00, plak dan frame gambar yang cantik yang aku tengok harganya RM40.00.

Maka pada hari kejadian, aku n hubby n Farish pergilah mengambil hadiah. Memang seperti yang dijangka 70% pemenang adalah Chinese.. Kira Farish antara baby yang bertuah terselit dalam tu...

Thanks to Kawan Heng.

Tuesday 24 March 2009

Minggu yang memenatkan

Humm... Minggu ni adalah minggu yang amat memenatkan aku. Everyday ada jer aktiviti termasuk 2 hari travelling.

Masuk kerja ahad tu, dok bertungkus lumus menyiapkan checklist yang bos minta, disebabkan bos aku pon takde minggu depan, dan aku plak sibuk minggu ni, aku siapkan juga checklist tu. Dah siap, tgh tunggu feedback boss.

Isnin, klinik heavy, habis kul 1.15pm. Petang tu jumpa boss jap, pastu gi meeting "urusetia netball inter hospital" sampai kul 5pm. Balik klinik packing barang nak bawak pi Langkawi esoknya.

Semalam, bangun seawal 3.30pg, masak breakfast & lunch kat Farish. Bertolak keluar rumah kul 6pg, breakfast kt K.Kedah dan naik bot kul 7.15pg ke Langkawi. Tiap2 bulan kena macam ni sebab SLT lagi sorang dah nak bersalin (pas dia naik kerja, aku buli dia plak, sebab aku plak nak bersalin, hehehe!), habis klinik kat hospital Langkawi kul 2pm, terus balik K.Kedah bot 4pm. Hujan, bot terhoyong hayang, akupun dapat bot lag. balik tido tak sedar diri....

Hari ni, kerja cam biasa.

Esok, lagi kena bangun awal. Ingat nak masak siap2 kat Farish. Kena keluar rumah seawal 4am, pergi hospital naik transport hospital untuk ke airport Penang. Flight kul 6.45am, meeting kat HKL kul 9am - 4pm. Malam balik flight kul 8.10pm. Nasib baik jumaat cuti.

Jumaat siang, macam biasa aku akan basuh baju dan kemas rumah. Hubby oncall plak. Malam tu pergi Supermarket Kwan Heng, untuk penyampaian hadiah bayi tercomel. Farish dapat hadiah saguhati (1st - 5 prize, semua chinese). 

Sabtu, pagi tu hubby ada meeting CPR, aku plak ada aktiviti kat Pusat Down's syndrome Kedah sampai kul 12am. Farish... tak decide lagi.. nak tinggal kat kakak aku ker, kat pengasuh???

Aduih! kalau tiap2 minggu mcm ni... boleh pengsan aku...

Kemahiran komunikasi (0-12 bulan)

Di sini aku tuliskan secara ringkas kemahiran2 bahasa reseptif dan ekspresif untuk kanak2 di bawah 1 tahun. Ini adalah norms dari US, belum ada norms yang standard untuk kanak2 Malaysia.

KEMAHIRAN BAHASA RESEPTIF (0-6BULAN)

  • Respon kepada suara dan bunyi
  • Tumpuan kepada pertuturan
  • Respon kepada suara marah dengan menangis
  • Respon kepada intonasi lembut dengan cooing
  • Respon kepada bunyi dengan mencari sumber bunyi
  • Respon kepada suara menyenangkan dengan senyuman dan ketawa

KEMAHIRAN BAHASA EKSPRESIF (0-6 BULAN)

  • Bunyi vokal dari kerongkong pada umur 8 hari
  • Tangisan; respon kepada rangsangan
  • Kepelbagaian tangisan untuk rangsangan berlainan
  • cooing
  • Ketawa dengan kuat
  • membunyikan bunyi vokal semasa bermain

KEMAHIRAN BAHASA RESEPTIF (7-12 BULAN)

  • Mendengar dengan peningkatan tumpuan kepada perkataan baru
  • Respon kepada orang tertentu ( 8 bulan)
  • Faham ‘jangan’ dan nama sendiri (8 bulan) 
  • Respon kepada bye-bye (9 bulan)
  • Angguk dan geleng kepala kepada soalan (10 bulan)
  • Memahami arahan mudah(11-12 bulan)

KEMAHIRAN BAHASA EKSPRESIF (7-12 BULAN)

  • Lebih banyak bunyi-bunyi pertuturan dan bukan pertuturan digunakan secara rawak
  • Babbling 
  • menyebut beberapa sukukata tidak bermakna
  • muncul perkataan pertama (10-12bulan) - walaubagaimanapun, ada yang memperolehi perkataan pertama selepas setahun
  • Cuba menamakan objek(10-12 bulan)

Sekiranya anak anda masih belum mencapai lagi tahap (7-12bulan) di atas, tunggu sehingga anak anda berusia 18 bulan. Sekiranya kemahiran di atas belum tercapai ketika berusia 18bulan, bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Monday 23 March 2009

PERKEMBANGAN PRA-PERTUTURAN

Pra-pertuturan adalah kemahiran sebelum anak anda pandai bertutur. Tengok anak anda, adakah dia sudah mencapai tahap kemahiran sebanding dengan umurnya???

EYE CONTACT

1 bulan - anak anda sudah boleh memberikan pandangan mata pada anda

ATTENTION (TUMPUAN)

5 bulan - respond kepada panggilan

              - melihat kepada objek yang ditunjuk

6 bulan - melihat objek bergerak

             - memberi perhatian bersama (share attention) semasa bermain

IMITATION (PENIRUAN)

5 bulan - meniru bunyi tidak bermakna

9 bulan - meniru pergerakan motor kasar (contoh pergerakan tangan)

              - meniru pergerakan mulut

10 bulan- meniru sebutan

18bulan - meniru pergerakan motor halus (pergerakan menggunakan jari cth: menulis, mengutip dengan 2 jari)

TURN TAKING (MENGAMBIL GILIRAN)

12bulan- menunggu/mengambil giliran semasa bermain

SYMBOLIC PLAY (PERMAINAN SIMBOLIK)

12 bulan - bermain dengan cara yang sesuai (cth: tolak kereta vs ketuk kereta) (baling bola vs masuk bola ke dalam mulut)

14bulan - boleh menggunakan objek mengikut fungsi (cawan-minum, sikat- sikat rambut)

Sekiranya anda merasakan anak anda tidak mencapai tahap yang disebutkan di atas, nanti dulu... semak pula perkembangan bahasa reseptif dan ekspresif dalam post2 akan datang.

(Chek kena stop dulu, nak masak pulak)

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Ramai parent yang risau, kenapa nak aku dah 2 tahun, tapi tak pandai cakap macam anak orang lain yang dah potpetpotpet. 

Ada juga parent yang tak risau langsung pasal perkembangan anak dia, alaaa, mulut berat tu, nanti dia cakaplah tu...

Maka menerusi blog aku ni aku nak berkongsi perkembangan2 normal kanak2. Untuk pengetahuan, buat masa sekarang, tiada norms yang standard untuk kanak2 di Malaysia. Apa yang ada hanyalah norms Mat Salih. Dan perkembangan kanak2 adalah melalui rangsangan keluarga dan orang disekeliling. Jangan mengharapkan anak anda pandai membaca sekiranya anda tidak mengajarnya ABC dan tidak menghantarnya ke Tadika. 

Sebelum aku start eloklah kiranya ku ceritakan sedikit komponen bahasa supaya para-para ibu boleh faham.

Perkembangan bahasa dilihat dari 3 aspek

1. Perkembangan pra-pertuturan

2. Perkembangan bahasa reseptif (pemahaman)

3. perkembangan bahasa Ekspresif (pertuturan/perlakuan)

Pra pertuturan perlu dimahiri (betulka wording aku ni), sebelum kanak2 mula belajar untuk memahami dan bertutur. Kelemahan pra-pertuturan merupakan petanda anak anda mengalami kelambatan dalam pemerolehan bahasanya.

Bahasa reseptif perlu dimahiri sebelum bahasa ekspresif. Maknanya anak anda perlu faham dahulu sebelum dia dapat menuturkan dengan tepat.. Dan ingat, peniruan sebutan bukan bermakna anak anda memahami. Itu sekadar proses pembelajaran. 

Dan panduan2 yang aku akan listkan dalam post2 nanti,hanyalah secara ringkas. Dan ingat umur kemahiran itu adalah umur permulaan. Untuk mengenalpasti sama ada anak anda normal atau tidak, anda perlu tengok kemahiran pada tahap umur sebelumnya... contohnya : anak anda berusia 2thn, sila semak kemahiran sehingga berusia 1thn 11 bulan. sekiranya anak anda berusia 2thn 6 bulan, semak kemahiran sehingga berusia 2thn6bulan. Kalau anak saya berusia 2thn 3 bulan? Semak sehingga kemahiran 1th11bulan juga. Dan beri rangsangan untuk kemahiran 2thn ke atas.

boleh faham ker?

Bagaimana Kita Boleh merangsang Komunikasi Kanak-Kanak

(Ni aku copy paste daripada presentation aku.)

  1. Respon kepada cubaan komunikasi bayi dengan melihat kepadanya, bercakap, meniru sebutan, ketawa & ekpresi muka bayi. 
  2. Ajar bayi untuk meniru aksi – “umm cak”, “wa wa bulan”, “cok cok ping”, “cak cekok” dll
  3. Bercakaplah semasa melakukan aktiviti – mandi, makan, berpakaian, “Kita sabun badan”, “hmmm…sedapnya nestum.buka mulut…. ammm”
  4. Bercakap tentang perkara yang akan dilakukan, ke mana kita pergi, siapa dan apa kita jumpa, dll 
  5. Mengira- menggunakan jari, langkah kaki
  6. Ajar bunyi-bunyi persekitaran -binatang, kenderaan dsb
  7. Guna isyarat untuk meyampaikan makna - lambai tangan, salam
  8. Huraikan perkataan tunggal yang disebut. "baju- baju adik, papa - papa tidur"
  9. MEMBACA bersama
  10. MAIN bersama
  11. Terima kelemahan anak dan hargai kelebihannya


Di sebalik panggilan nama

Saja nak merapu sikit pagi2 buta ni...

Apa korang panggil kat husband korang??? Abang, darling, hubby,anje, awak @ nama ajer? Aku percaya lebih 50% memanggil suami masing2 abang kan?

Time tunang dulu arwah mak selalu pesan, panggil tunang dengan "abang" bukan panggil nama macam yang arwah mak tengok aku panggil tunang aku. Tapi aku jawablah, "Ala! nanti kawen chek panggillah abang"

Bila kawen mak aku sound lagi sekali sebab dia tak dengar aku pangil 'abang pon, dia dengar aku panggil "Bi". Aku explain kat mak aku, "boringlah nak panggil abang. Nanti check panggil laki chek, abang2 iparlak yang menyahut (aku panggil semua abang2 iparku 'abang'). Lagipun 'bi' tu singkatan dari perkataan Arab "Habibi"... Haha! Mak kena kelentong.

Sebenarnya, sebelum tunang, memnag aku panggil nama jer kat hubby aku. Time awal tunang, start panggil abang. Tetiba satu hari tu saja jer aku galak panggil dia "Bi" (kena tiru gaya Ifa Raziah dalam drama Seputih Qaseh Ramadhan), tup2 hubby suka. Hubby nyer reason, semua orang dah panggil dia abang, makanyaaku takde hak exclusive dalam panggilan nama dia. Bila panggil 'bi' nampaklah panggilan tu exclusive untuk aku sorang jer.

Dalam pada itu terdapat juga insan yang prihatin bila aku panggil 'bi'. Anak sedaraku yang ketika itu berusia 6 tahun. Mungkin dia heran kot, selama ni semua orang panggil 'abang' kat suami masing2. Lantas dia bertanya kat aku "Chikna, kenapa Chikna panggil chik Nazim Herbie". Aduhai anak menakanku, dia samakan laki aku macam rancangan animasi favourite dia time tu "Herbie, the car race". Nasib baik dia kata Herbie, kalau dia kata "ba*i" camner aku nak jawab..

Saja nak merapu pagi2 ni...

Sunday 22 March 2009

Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah komunikasi

Di bawah ini disenaraikan faktor-faktor yang mepengaruhi masalah komunikasi dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak berikut perlu menjalani rawatan sewajarnya untuk mengoptimumkan kemahiran komuniksi mereka...

FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI MASALAH KOMUNIKASI

1. Kecacatan mental 

2. kurang pendengaran

3. masalah untuk bersosial dan berinteraksi

4. Masalah penumpuan dan tingkahlaku

5. masalah emosi

6. kurang stimulasi

7. masalah berkaitan dengan berbahasa

Antara contoh-contoh kecelaruan kanak-kanak yang mempengaruhi komunikasi

1. Terencat akal

2. Sindrom berkaitan dengan masalah komunikasi (Down's syndrome, William's, Treacher Collin's, Edward's, cri-du-chat etc)

3. Autisma

4. Attention deficit hyperactivity disorders (atau lebih dikenali sebagai hyperactive)

5. Neurological disorders (seperti cerebral palsy, Bell palsy)

6. oral facial musculatures disorders (cth: cleft lip & palate dan syndromic)

7. kecacatan pendengaran

8. Kelewatan perkembangan

9. masalah kelancaran (gagap)

10. Dyslexia

Selain daripada yang tersebut di atas, terdapat juga kanak2 yang tidak mengalami sebarang kecacatan & kecelaruan tetapi menghadapi masalah untuk berkomunikasi..

Antara penyebabnya adalah:

  1. Kurang stimulasi dari persekitaran - kanak2 yang tidak mempunyai kawan sepermainan, manakala orang dewasa membuat kerja masing2 menyebabkan kanak2 tersebut kurang terdedah dengan stimulasi bahasa.
  2. masalah emosi -kanak2 yang menghadapi penceraian ibu-bapa, mangsa penderaan
  3. Selective mutism - kanak2 ini hanya memilih tempat,masa dan orang tertentu sahaja untuk berkomunikasi..

Speech, Language & communication

SPEECH

Dynamic neuromuscular process of producing speech sound to communicate.

LANGUAGE

Complex & dynamic system of conventional symbols that is used in various modes of thought and communication.

COMMUNICATION

Process participants use to exchange information and ideas,needs and desires.

Maknanya.....

SPEECH @ PERTUTURAN adalah...

proses neuromuscular yang menghasilkan bunyi pertuturan untuk berkomunikasi. Organ2 pertuturan terdiri daripada 1. paru-paru   2. larynx (tekak) 3. peti suara  4. mulut 

Paru2 membekalkan sumber udara dan melalui tekak membawa ke peti suara untuk menggetarkan peti suara dan seterusnya ke mulut untuk dikeluarkan. Bunyi-bunyi suara diubahsuai dengan mengalihkan kedudukan lidah, lelangit dan bibir.

LANGUAGE @ BAHASA adalah......

Simbol yang digunakan untuk meyampaikan fahaman dan berkomunikasi. Simbol yang digunakan mestilah difahami oleh komuniti yang digunakannya.. contoh: BM untuk orang Malaysia, Bahasa Jepun untuk orang Jepun, Bahasa Isyarat untuk orang pekak dll.

COMMUNICATION @ KOMUNIKASI adalah.....

Proses dalam pertukaran informasi, permintaan dan kehendak...

SEMUA ORANG BERKOMUNIKASI walaupun dia seorang yang cacat, hilang pendengaran, terencat akal, bisu, buta dsb.

Tak semua orang menggunakan BAHASA yang sama. Bahasa yang digunakan perlu difahami oleh rakan komunikasi.

TAK SEMUA ORANG BOLEH BERTUTUR... mungkin disebabkan oleh masalah neurologi dan juga kecelaruan pertuturan yang dialami.

Maka.... Jangan risau seandainya anak anda tidak boleh bertutur, tidak boleh menggunakan bahasa, tetapi anda perlu risau sekiranya anak anda tidak boleh berkomunikasi..

Apalah gunanya kalau anak anda boleh bertutur dan berbahasa tetapi tidak boleh berkomunikasi...

(Haha! Aku dah start merapu tgh2 malam ni)

Saturday 21 March 2009

My deep freezer

Akhirnya ku berjaya memujuk hubby supaya membelikan aku sebijik deep freezer... Dah lama aku minta, tapi asyik kena perli... Last2, freezer kami dah penuh sarat ngan stok ebm dan langsung takleh buat ais dah. Aku pulak guna psikologi, bancuh air suam2, sedangkan hubby wajib minum minuman berais. Jadi adalah alasan aku, "peti ais penuh la bi, mana boleh buat ais dah".

Tengok tu.. kan dah sarat sangat

Dan akhirnya hubby mengajak aku mencari deep freezer. Cari punya cari, dari satu kedai ke satu kedai, akhirnya berjumpalah deep freezer yang kami rasa paling berbaloi ngan kapasiti dan harganya.

Taraaaa............................

Deep freezer jenama Morgan, kapasiti 115L berharga RM600.00 (after tawar menawar ngan tokey Suria Jerai Ent. Spg Kuala, Alor Star- promote kedai tu)

Balik rumah hubby lak excited, terus buat ais banyak2. Lagipun dengan banyak buat ais ni, suhu deep freezer akan jadi lebih stabil, dan kalau blackout pun, Insya Allah, stok ebm tak cair.

Tapi itulah, begitu bersemangat dengan deep freezer baru, keesokannya, aku mendapat berita yang aku pregnant lagi, dah 5 minggu. Maka aku terpaksa stop pumping. Bukan dah kurang susu, tapi bila pam, rasa sakit dan ngilu B aku. Makanya, aku dah tak buat stok, cuma direct time malam (itupun kadang pedih gak)

Gambar ni aku amik selepas sebulan beli deep freezer, so stok aku pun dah berkurang. Nak tengok juga....

Aku simpan ebm dalam liner.Liner2 tu aku letak plak dalam plastik beg Ada 3 bungkus lagi (dalam plastik merah, plastik tesco dan plastik the store). Aku kira2 adalah dalam 40bijik lagi. Insya Allah sempat Farish minum sampai umur dia genap setahun. Alhamdulillah, aku masih belum suply FM lagi, sebab stok yang aku buat tu mampu menampung keperluan susu dia di siang dan malam hari...

Ini stok susu aku dalam liner (4oz each), letak dalam plastik ni sebab jimat ruang dan boleh isi banyak.

Friday 20 March 2009

Kenapa Yahudi Bijak

Aku nak share artikel ni ngan korang

Actually ada orang forwardkan aku email ni kat aku. Bila baca aku rasa ada good things yang Yahudi buat ni boleh kita amik iktibar. 

Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. 

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. 

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
(saya pernah kerja di farmasi dan ramai ibu-biu kaum cina yg amalkan pengambilan pil minyak ikan tuk perkembangan bayi mreka - alin)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat, secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapan- alin) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahula sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin - alin)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. 

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! 

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Mungkin boleh dipraktikkan untuk kehamilanku kali ini

Resepi Farish

Kat sini aku nak kongsi resepi2 Farish yang aku sediakan tiap2 pagi untuk dia sejak Farish start solid food. Akunyer resepi simple jer, kalau tengok mommies lain, macam2 yang diorang buat. so far Farish enjoy jer food dia, even berulang2, dan kadang2 sampai seminggu menu yang sama (nampak sangat aku ni malas nak pikir resepi)

Let's start ngan resepi 6 bulan (aku copy paste dari facebook aku)

Atas permintaan kawan-kawan, kat sini saya nak share resepi yg saya masakkan untuk si manjaku. Biasanya, bangun pagi2 kul 5.30pg, siapkan bahan2 yg nak masak, rebus naik, sambil tu pam susu untuk bekalan Farish kat rumah babysitter.
Kalau ada sesapa nak share resepi, komen, bolehlah tmbah. 

Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.

RESEPI FARISH UMUR 6 BULAN
Saya guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua 
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi 
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.
Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok. 
Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.

RESEPI 7 BULAN

BREAKFAST
1) Puri kentang
Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur. Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk 
menghaluskan lagi teksturnya.
2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)
3) puri brokoli
4) puri bayam
(Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)
5) puri epal 
6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)
7) puri betik

LUNCH
1) Bubur+sayur+bilis
Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah. Just masak dan lecek2kan sampai halus.

2) bubur+ sayur + ikan
masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan. 

3) bubur+sayur+ ayam/daging
(sama macam resepi ikan)

Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur. juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.

RESEPI 8 BULAN

BREAKFAST
1) oat+ kismis/kurma
didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic). masak 
sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak.

2) oat + bilis
(sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah

LUNCH

1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam
Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk. 
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup
gaulkan sekali nasi dan sup.

Since Farish kurang minum air suam, saya buatkan fruit jus untuk Farish. Biasanya jus epal merah, jus pear, jus betik. Sebenarnya kurang elok bagi susu time baby makan, sebab tu replace ngan jus, tapi ingat NO SUGAR kay.

TEA-TIME
1) kentang + bilis
rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby 
(macam kuih keria yg tak dimasak)

2) Roti + susu
ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.

Ada niat nak buat teething cookies untuk Farish, tapi tak de masa nak membakar. 
Okay, itu sahaja resepi yg dapat dikongsi. So far Farish suka sangat makan,tak kisahlah kalau resepi sama pun untuk 3-4 hari.

Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya.

Nanti aku sambung lagi resepi yang seterusnya.

Kembar si Solo

Aziyati baru jer selamat melahirkan baby kembarnya hari jumaat 13/03/2009. Alhamdulillah normal delivery dengan birth weight baby 2.5kg dan 2.9kg (besar tu). Si Ati ni kecik jer orangnya. Kagum sungguh aku.

Time aku pergi melawat tu, diorang dok tengah cari nama, last2 dapatlah nama Izzati Hanan dan Izzati Hanin (cam nama aku pon ada).

 Sebelah kiri : Izzati Hanin, kanan: Izzati Hanan

Aku sebenarnya mengidamkan anak kembar untuk trip yang ni. Tapi tak taulah. Bila yer kita boleh detect yang baby kita ni kembar???

Kalau ikut keturunan sebelah aku, memang tak wujud kembar (taktaulah kalau yang bau-bau bacang), tapi ikut sebelah hubby, ada ramai gak. Selain adik ipar aku, Chah & Mah, anak sepupu hubby pun ada 2 pasang kembar... Ada chance tak aku ni nak preggy kembar???

Tapi kembar ni banyak risiko, antaranya, prematurity, hypoxic... Ada mother patient aku yang ngandung kembar berat naik lebih 30kg, dan berat baby 3.3kg & 3.5kg (lagilah besar), yang tu confirm kena caesar. Ramai gak yang aku dengar, sorang kembar mati dlaam kandungan dan ibu terpaksa teruskan kandungan sehingga alive fetus yang satu lagi selamat. 

Anak kembar ker, single ker, suami tu rezeki dari Allah kan? Kena bersyukur dengan apa yang diberikan.

Si kecilku part 1

Aku dah buat appointment ngan dr. Murizah (kak Muri). Macam yang di minta dapatang semula pada minggu ke8 untuk tengok heart beat baby. Pas calling2 hubby kat OT, aku turun O&G dulu, nak register dan buka kad merah.

So turun aku terus jumpa kerani nak buat kad merah. Kerani ti kerani baru, ganti kerani lama sebelum ni yang transfer ke KL. Lembap jugalah dia nak menulis details kat depan tu.

Lepas register, aku pergi timbang dan check BP. Student nurse jer yang jaga time tu... Mak ai! naiknya beratku... sekarang dah 76.9kg. Aduih! BP 123/89.

Masuk jumpa kak Muri, terus scan, dah nampak heart beat baby, berdegup2 jantungnya. Alhamdulillah anakku sihat dengan anggaran 7minggu5hari usianya.

Tengah kak Muri dok tulis dalam buku tu, dia gelakkan aku, "Sapa tulis kad ni Hana?" Aku jawablah " Kerani kat depan tu". Dia gelak dan tunjuk aku data kat depan tu "Hana lagi tua dari kak Muri no. Tengok ni, dia tulis 41thn". Mak ai! lebih 10thn tu. Ni mesti dah lapar kerani tu, yelah dah dekat pukul 12.30pm.

Pastu kak Muri tengok berat dan BP, aku pulak yang terperasan... Student nurse tu tulis berat aku 79.6kg. Mak aii! Rabun ker apa bebudak 2 org tu. Tapi dah dibetulkan.

Jadinya, semua Alhamdulillah, kena datang another 1 bulan untuk next check up.

Aku masih clueless, kenapa aku tak merasa morning sickness cam org lain. Bukan apa, since mengandung Farish sampai yang ni, aku masih tak tau apa makna morning sickness.

Tapinya, hubby yang dok ngidam macam2. semalam dok cari nenas nak cicah garam belacan...

Kadang aku dengar gak dia wek wek time pagi, tapi tak seteruk time aku preggy Farish dulu.