Thursday 12 February 2009

Kenapa Aku memilih breastfeeding

Hmm... Kenapa aku memilih breastfeeding?

Kalau org tengok usaha aku, pasti orang akan ingat yang aku ni memang berazam nak exclusive breastfeed sejak mengandung lagi... Jawapannya  TIDAK.

Sebenarnya, niat mahu memberikan susu ibu secara exclusive timbul selepas Farish berusia 3 bulan. Mungkin cetek ilmu dan juga tiada idola dan tidak mengetahui bahawa wamita bekerjaya mampu menyusu anaknya sehingga berusia 2 tahun (mungkin lebih). Perjalanan penyusuan aku bermula begini..

Sebaik sahaja Farish dilahirkan, sejurus selepas Farish dibersihkan aku telah diajar oleh SN LIm cara2 latching yang betul serta posisi menyusu. Alhamdulillah, Farish sangat pandai menghisap. Apabila pulang ke wad, aku terus memberikan susu setiapkali Farish menangis. Memang indah sangat mengenangkan saat itu. Tapi pada malamnya, suamiku menemani aku di wad, anakku tak henti menangis... kami berpendapat, anakku tak cukup susu. Memandangkan cetek ilmu, kami meminta kawan kami (yang bertugas di wad tersebut) memberikan susu formula supaya Farish kenyang dan juga supaya Farish akan berak dan kami boleh balik. Inilah tindakan paling bodoh pernah aku buat dalam hidup aku.

Balik rumah pada hari kedua, susuku masih tiada, puas diberi, Farish tetap menangis, makan kami mengikut saranan kakakku agar mebelikan susu formula kepada Farish. Lagi satu tindakan bodoh kami.

Hari ketiga, Mak kiah si bidan urut datang ke rumah untuk mengurut susu. Masya-Allah memancut2 susu aku selepas mak kiah mengurut. terus diminta diberikan kepada Farish. farish pun apalagi terusla menghisap2 sehingga tertidur kekenyangan. 

seminggu sebelum aku naik kerja, lagi sekali aku buat tindakan bodoh kerana mengikut cakap orang. 

"Hana, kau kena ajar anak minum susu tepung lagi seminggu nak naik kerja. Nak tengok serasi tak susu tu dengan dia"

"Hmmm... Waktu siang kau bagi susu botol(susu tepung),malam baru bagi susu badan"

dan macam-macam lagi petua kuterima.

Maka dengan itu seminggu sebelum naik kerja aku melatih Farish minum susu formula, tapi mungkin Farish tak suka, dia muntahkan balik susu tu. Jadinya aku cuba kurangkan sukatannya dan Farish menerima.

Sehingga sebulan aku bekerja. Aku menghantar Farish ke rumah Kak Ani, jiran lama kami. Setiap hari ku akan bekalkan 3 botol susu perahan (ebm) dan juga susu tepung (jenama DULAC) sebaai back up.

Namun menurut Kak Ani, Farish lebih suka minum ebm berbanding FM. Maka aku gighkan diri mengepam susu lebih banyak untuk diberikan kepada Farish. Waktu itulah baru aku cuba mencari diinternet pasal penyusuan ini, dan akhirnya aku berjumpa dengan kumpulan ibu2 menyusu yang asyik bergebang, lalu akupun mendaftar menjadi komuniti mereka. Banyak benda2 yang tak pernah aku tahu aku dapat dari situ. Maka sejak itu aku berazam untuk menyusu sepenuhnya Farish dengan susuku, dan Alhamdulillah sehingga kini Farish menyusu penuh susuku tanpa memerlukan FM langsung. Bukan itu saja, freezerku juga hanya ekslusif untuk simpan susuku, menyebabkan suamiku kadang2 bising. (Itulah bi, kan Hana kata, jom kita beli deep freezer)

3 comments:

  1. assalamualaikum, wahhh...bestnyer hana bleh perah banyak2. Hana ada petua cam mana nak banyakkan susu badan tak?

    ReplyDelete
  2. betul la. bertuahnya dapat perah susu banyak2. apa petuanya ya?

    ReplyDelete
  3. samalah..maria pn tak fikir nak bg susu badan tp dah beli pa ms preggy lg..hha..pelik tp benar...n sama gak maria pn bg susu tepung wkt kt spital sbb baby nangis mcm tak kenyang n wkt nak masuk kerja sbb takut pengasuh tak mau baby isap susu badan..tp skrg aqil msh menyusu bdn..n stok alhamdulillah dah ada..;)

    ReplyDelete