Friday, 24 April 2009

Alhamdulillah atas Rezeki Mu Ya Allah

Sesungguhnya syukur ini buat padaMu Ya Allah. Kau memurahkan rezeki kami walaupun kami sering lalai dan alpa dengan perintahMu. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sejak kecil, orang selalu cakap aku ni murah rezeki. Alhamdulillah, walaupun aku dibesarkan dalam keluarga yg boleh dikatakan kurang berada, tapi rezeki aku tak pernah surut. Sejak dibangku sekolah, aku sering mendapat hadiah Bantuan Kewangan dari PIBG. Masuk sekolah menengah, pengajianku dibiayai oleh Biasiswa Kecil Persekutuan dan di Uni, aku dibiayai oleh pinjaman MARA dan selepas grad pinjaman aku telah diconvert menjadi biasiswa. Maknanya, aku tidak perlu membayar sesen pun dari jumlah pinjaman aku berjumlah RM35,000.00 itu.

Aku pulak tak perlu mencari kerja sana sini, time final year, KKM telah mewujudkan post Pegawai pemulihan Perubatan (Pertuturan), dan kami terus merebut peluang itu dan Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan menganggur, aku telah mendapat tawaran kerja tetap di negeri aku sendiri. Semasa kerja gajiku biasa2 saja. pada asalnya, gaji pokok kami hanyalah RM1700.00 sebulan. Alhamdulillah selepas semakan semula, tangga gaji kami meningkat. Aku adalah orang yang terakhir menerima tunggakan penyelarasan gaji tersebut. Dekat 3 tahun jugak tu, ntah mana sangkutnya. Dan Alhamdulillah, ketika aku hampir bertunang, tunggakan gaji aku telah diterima, maka aku ada simpanan untuk belanja kahwin aku.. Aku tak sebertuah orang lain yang majlis perkahwinan mereka disponsor oleh ibu bapa dan keluarga.. Majlis kenduri aku 90% dari duit sendiri aku manakala 10% lagi dari ihsan kakakku.

Bila hampir kenduri kahwin, aku mendapat lagi berita menggembirakan, permohonan menanggung kerja aku diluluskan, bermakna, gaji aku makin meningkat.. dan sekali lagi aku mendapat tunggakan selama setahun. Memang rezeki aku dan time kenduri orang kampung pun ramai menubangkan itu ini untuk keluarga aku.. (Maklumlah aku ni kira macam idola kampung aku tu).

Bila kahwin, aku lebih banyak menyimpan sebab hubby yang banyak menyara keluarga. Walaupun gajinya lebih kecik dari aku (tapi kalau campur on call claim dia, dia lagi mewah dari aku), tapi katanya, itu tanggungjawab dia terhadap keluarga.. Tapi aku kesian kat hubby, jadi kami sepakat untuk bahagikan tanggungjawab kewangan.

Alhamdulillah, selepas sebulan berkahwin, aku disahkan hamil.. Hubby orang paling gembira di dunia ini bila tahu aku dah mengandung. Serentak berita aku mengandung, aku juga telah dianugerahkan pekerja cemerlang bagi tahun 2007. Alhamdulillah, tambah sikit duit poket. Dan pada masa yang sama juga, hubby telah berjaya memohon pinjaman perumahan dan awal tahun 2008 kami telah memiliki rumah sendiri. Walupun hanya rumah Semi-D setingkat, tapi itu dah cukup untuk kami. tidak perlu lagi menyewa rumah lain.

Sejak kelahiran Farish, rezeki kami bertambah. Hubby selalu mendapat jemputan memberi ceramah CPR di luar (income lagi), walaupun belanja makin meningkat, tapi kami cukup serba serbi.

Masuk tahun 2009, aku pula memohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah kedua kami. sekadar rumah teres setingkat (ni nak buat sewa, adalah harta sikit). Dan Alhamdulillah, 2 minggu loan aku diluluskan kerajaan, dan rumah aku pun bakal siap Julai ini.. Tahun ini pula hubby mendapat anugerah pekerja cemerlang.. Dan tahun ini juga kami dianugerahkan lagi seorang anak, Insya Allah pada bulan 10 ini.

Terkini, aku telah dilantik untuk memangku jawatan U44. dan Alhamdulillah, perjalanan aku sangat mudah, Aku ditempatkan ditempat kerja aku sekarang. Tidak seperti rakan2ku yg lain, ada yg terpaksa ditukarkan ke tempat lain. Yang Ipoh, ke Seremban, yang Terengganu ke Melaka dll lagi.

Sekarang ni menunggu tunggakan lagi (biasalah, komen, naik pangkat jer, kena tunggu tunggakan punya). dan aku percaya ini adalah rezeki anak dalam kandungan. Dan aku percaya tahun ini adalah tahun rezekiku. Dengan pertambahan anak, pertambahan rumah, pertambahan gaji dan juga sebuah MPV baru, Insya Allah Jun ini.. (any ideas?? Estima, Innova, Grand Livina, Exora???)

6 comments:

  1. Salam Hana,

    wah wah tahniah.. Alhamdulillah, murah rezeki. kerja kat hospital ker? doktor ke apa ni?

    ReplyDelete
  2. Kak Yong, hmm.. kerja spital.. Bukan doktor, tapi Speech Therapist... tapi patient panggil kita doktor gak (kadang2 cikgu)

    ReplyDelete
  3. kat spital pun ada panggil cikgu..iskkk

    ReplyDelete
  4. nak tanya sikit..camna nak jadi speech therapist cam kak hana??nak apply kat mana ye?

    ReplyDelete
  5. myname...
    Nak jadi speech therapist kena ambik degree course.. So far uni yang tawarkan course ni adalah UKM, USM, UIA sahaja.. kalau UKM under Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, jurusan Sains Pertuturan.

    ReplyDelete