Tuesday, 28 April 2009

We live appily ever after......

Kenapa entry aku macam ni plak.. Apa yang aku nak cerita ni ha??

takdelah,, aku sebenarnya dikejutkan dengan berita penceraian kawan aku.. Baru 4 tahun kawen dah berpisah... Ya! setakat itu jodoh merekakan, nak buat macam mana..

tapi itulah,, kadang2 percintaan bertahun-tahun belum menjadikan kebahagian selepas kawen.. Dan aku sentiasa berdoa agar rumah tangga aku tidak ditimpa kecelakaan tersebut.. Nauzubillah.

Pasal artis bercerai berai,, itu aku taknak komen.. Aku bukan kenal mereka pun.. Tapi bila terjadi kat kawan2 aku, aku jadi simpati. Yelah, kawan yang kita bergelak ketawa bersama,, tiba2 dia berduka seorang... Kenapa perlu bercerai.. Apatah lagi kalau dah ada anak pinak..

Paling singkat kawan aku kawen adalah sebulan.. Hidup secara PJJ, tetiba laki ada pompuan lain dan tak hiraukan lagi isteri yang setia tunggu setiap minggu suami balik.. Bila suami asyik bagi alasan tak balik, si isteri sendiri turun ke ibu kota, konon2 nak surprisekan suami.. Rupanya diri sendiri yang disurprise.. Suamiku bersama orang lain.. Akhirnya, kata putus diambil... BERPISAH.. Isteri masih sayangkan suami, tapi suami buat tak endah saja.. Tapi selepas 3 tahun berpisah, aku nampak kawan aku lebih bahagia..

Ada lagi satu kisah kawan aku.. Bercinta satu tempat kerja.. berkahwin dan dikurniakan seorang anak.. Si isteri mohon ditukarkan tempat bertugas, kerana memang niat nak pulang ke negri kelahiran.. Maka pulanglah si isteri bersendirian dahulu kerana permohonan suami untuk berpindah tidak diluluskan.. Kehidupan PJJ mereka sangat bahagia, saban minggu suami akan pulang mnjenguk,, dan sehingga dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Selepas 3 tahun PJJ, akhirnya suami dapat berpindah juga ke negeri kelahiran mereka.. Tapi itulah,, sebaik pindah, istana bergoyang,, dan akhirnya roboh jua.. 

Ada banyak lagi kisah kawan2 aku yang kadang2 buat aku cuak.. Aku selalu berdoa agar rumahtangga kami sentiasa dirahmati Allah.. 

4 comments:

  1. salam Hana

    setiap kita sentiasa mengharapkan agar kebahagian & kerukunan r/tangga berpanjangan.. sentiasa berusaha untuk menceriakan kehidupan & membahagiakan pasangan kita.. pada kakyong kita ni kena ade keyakinan & kepercayaan kpd pasangan kita & jgn mudah mendengar hasutan orang.

    ReplyDelete
  2. ke sini via entry deep freezer kat SI. nonie listkan blog ni dlm my bloglist yea :). Hmm nonie pun ada gak 2,3 org kengkawan yang experience bercerai berai ni.. baru2 kawin gak.. tumpang simpati dengan derang... mintak dijauhkanla dari kita yea...

    ReplyDelete
  3. salam
    saya blog hope from info speech therapist..
    x sangka eih org jitra
    saya jugak di jitra..boleh kenal

    ReplyDelete
  4. ibuVouge,
    boleh2, Jitra kat mana? Saya kat Tanah Merah, Tmn Teg. Maheran..

    ReplyDelete