Lagi beberapa hari anak aku Farish nak masuk umur setahun... Semakin hampir umur setahun macam-macam benda baru yang berlaku.. Ada yang happy ada yang kureng..
Bermula dengan Farish demam, kemudian mulut pecah2 dan kini campak... Memang merisaukan aku, aku bukan risau sakit dia tu, tapi sebab dia hilang selera makan. Bayangkan selalunya bekal yang aku hantar tiap2 hari kat rumah Kak Ani mesti licin, sekarang ni, lunch memang tak sentuh.. Balik rumah jer nak melekap jer ngan nenen... Dahler milk supply aku tak semewah dulu, dan Farish macam tak suka bila kami try bagi FM (aku dapat anmum essential sample),, tapi bila bagi air kosong,laju plak dia minum.. Memang jaga kesihatan anakku ini.
Semalam, farish ada follow up ngan paeds.. lagi sekali aku dikejutkan bahawa Farish mempunyai Thalassemia trait.. Aku baca report blood test dia, memang diagnose low Hb dan moderate anemia.. Luckily, Farish cuma pembawa, makanya perlu follow up untuk 2,3 monthly nak tengok progress. Disebabkan itu, aku ngan hubby kena buat blood screening untuk trace who is a carrier.. Tapi naluri aku merasakan yang mungkin aku... sebabnya Hb aku pon low juga... Nampaknya, aku kenalah screen bakal menantu aku nanti ni..
Setelah melalui hari2 yang payah, hari ini ada berita yang menggembirakan aku tentang Farish. Pertama, farish dah tumbuh gigi, satu kat bahagian bawah, satu kat atas.. Patutlah dia meragam.. Dan hari ni selera makannya kembali.. Bekal hari ni habis licin, dan balik tadi habis semangkuk puri labu dia bedal.. Paling happy tentulah aku.. Mananya aku tak risau, timbang semalam berat farish maintain 8.7kg.
Farish pon makin banyak jargon speech dia,,cuma aku masih confused, mana satu 1st word dia.. Dulu aku dengar dia sebut 'mak', pastu baru2 ni aku dengar dia sebut 'adeh!' tiap kali dia nangis,, dan kadang2 dia sebut 'abi',, cuma semua tu belom konsisten.. Aku tak kisah word lain, yang aku tunggu, hanyalah word "IBU".
Salam Hana?sihat ke?
ReplyDeleteFarish apa khabar?
harap semua sihat2 belaka,hows baby in womb?
lama sy tak blogging ni baru active balik.
by the way ada quiz kat my blog.kalau ada masa bole join :)
take care my dear fren :)
hopefully everything is ok,hana.
ReplyDeletethalassemia minor/carrier..t should be ok
in fact i have a fren with tm (thal.major) and survive till today
but she has to undergo strict medical care
doa byk2 ye hana.
Thanxz Salwa....
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua okay... Cuma Farish ni merap dia melampau2.. But it is normal kan for someone who will be a brother soon.. Kadang tu letih la jugak,, selalu miss dinner..