Sejak aku balik KL Khamis lalu, Farish demam. Bila malam jer demam kuat. Memang kena berjaga untuk jelum kepala dia nak turunkan suhu.
Hubby cerita hari Khamis tu Farish kerap terkejut, kat rumah Kak Ani pon sama.. Makan tak lalu, asyik merengek jer. Mungkin sebab dah 2 hari Farish keluar rumah sebelum subuh, even seawal kul 4pg, takut juga ter'kena' apa2. Maka, hubby buka bacaan ayat suci, barulah Farish tidur nyenyak.
Hari jumaat, aku cuti, Farish hilang selera makan.. Dia hanya makan buah dan menyonyot jer. Aku ni dah la makin kurang susu, kesian kat dia. bagi ebm, dia reject. Merengek sepanjang hari, aku pon takleh nak buat kerja sepanjang Jumaat tu. Petang tu Kak Ani datang rumah. Dia kesian tengok farish, dia pon pergi minta air penawar kat sorang Pak Haji ni.. Kalau ikut Pak Haji ni, farish mungkin akan kena campak. Kak Ani bawakan air penawar tu untuk bagi Farish minum, dan the rest Kak ani akan buatkan.
Masuk Sabtu, aku seperti biasa ada aktiviti kat Pusat Sindrom Down dan hubby pulak ada meeting. Maka aku terpaksa minta bantuan kakak aku jagakan Farish. Aku balik tengah hari tu, anak sedara aku cakap yang Farish menangis sepanjang hari, takmau makan langsung.. aku masuk rumah apalagi, lagilah berlinang air mata kasih anak aku tu minta nenen.. Kakak aku kata paapon dia takmau makan, takmau minum. Bila kau tengok mulut dia, dah pecah2 bibir dia dan nak putih2 kat bibir dalam, patutlah dia taknak makan, mulut sakit.
Takut juga kalau Farish kena coxackie @ HFMD.. aku belek2 tangan & kaki, takde apapon. Bila aku balik, aku try suap betik, pulun anakku , lapar sangatlah tu + merajuk aku tinggalkan dia pagi2 ni.
Semalam pas balik kerja, seperti biasa amik Farish dari rumah kak Ani, kak Ani cuma cakap dia tak lalu makan,, tapi nasib baiklah BS aku ni jenis sabar, dia suap gak pelan2 sampai habis gak bekal Farish semalam.
Balik rumah, Farish mcm biasa minta nenen. Bagi makan yang lain pon taknak. Tengah nenen tu baru aku perasan yang belakang leher dia start naik ruam, aku stop BF, belek muka pulak, dah nampak ruam2 kat dahi. Aku tunuk kat Hubby, aku belek2 dan tengok belakang badn, dah penuh satu badan naik ruam. Terus kitorang bawa ke rumah Kak Ani, nak confirm campak ke tak (nampak sgt kitorang medical staf pon tak tau).
Pergi rumah Kak Ani, terus tunjuk dia confirm tu campak sekam (campak yang kecik2 tu). Rasanya time amik balik tadi Farish terkena hujan, tu yang terus keluar rashes. Kak Ani terus telefon Pak Haji tu, dan Pak Haji tu bagi petua apa yang nak kena buat. Mula tu aku ingat nak ambik cuti dah esok, tapi kak Ani kata takpa, dia akan buatkan. Alhamdulillah kami diberi pengasuh yang sngat baik macam Kak Ani.
Hari ni.. minta2 ruam Farish kelaur lebih banyak. Kalau orang2 tua kata, campak ni kena keluar habis, bila naik sampai ke kaki, makan Insya Allah, baiklah dia sebab semua campak dah keluar dari badan . Waalahualam..
eh akak.stay jitra eh?
ReplyDeletejitra kat mana tu?saya pon kat jitra jugak
saya pun macam anak akak
kena campak.aduhh.seksaa.sakit satu badan
pastukan semalam kena hujan pulak
dala campak tu baru nak kluar.org cakap nati
tinggal parut klu kena hujan.betol ke kak?
anak akak pulak dah ok ke?