Humm... Minggu ni adalah minggu yang amat memenatkan aku. Everyday ada jer aktiviti termasuk 2 hari travelling.
Masuk kerja ahad tu, dok bertungkus lumus menyiapkan checklist yang bos minta, disebabkan bos aku pon takde minggu depan, dan aku plak sibuk minggu ni, aku siapkan juga checklist tu. Dah siap, tgh tunggu feedback boss.
Isnin, klinik heavy, habis kul 1.15pm. Petang tu jumpa boss jap, pastu gi meeting "urusetia netball inter hospital" sampai kul 5pm. Balik klinik packing barang nak bawak pi Langkawi esoknya.
Semalam, bangun seawal 3.30pg, masak breakfast & lunch kat Farish. Bertolak keluar rumah kul 6pg, breakfast kt K.Kedah dan naik bot kul 7.15pg ke Langkawi. Tiap2 bulan kena macam ni sebab SLT lagi sorang dah nak bersalin (pas dia naik kerja, aku buli dia plak, sebab aku plak nak bersalin, hehehe!), habis klinik kat hospital Langkawi kul 2pm, terus balik K.Kedah bot 4pm. Hujan, bot terhoyong hayang, akupun dapat bot lag. balik tido tak sedar diri....
Hari ni, kerja cam biasa.
Esok, lagi kena bangun awal. Ingat nak masak siap2 kat Farish. Kena keluar rumah seawal 4am, pergi hospital naik transport hospital untuk ke airport Penang. Flight kul 6.45am, meeting kat HKL kul 9am - 4pm. Malam balik flight kul 8.10pm. Nasib baik jumaat cuti.
Jumaat siang, macam biasa aku akan basuh baju dan kemas rumah. Hubby oncall plak. Malam tu pergi Supermarket Kwan Heng, untuk penyampaian hadiah bayi tercomel. Farish dapat hadiah saguhati (1st - 5 prize, semua chinese).
Sabtu, pagi tu hubby ada meeting CPR, aku plak ada aktiviti kat Pusat Down's syndrome Kedah sampai kul 12am. Farish... tak decide lagi.. nak tinggal kat kakak aku ker, kat pengasuh???
Aduih! kalau tiap2 minggu mcm ni... boleh pengsan aku...
No comments:
Post a Comment