Kat sini aku nak kongsi resepi2 Farish yang aku sediakan tiap2 pagi untuk dia sejak Farish start solid food. Akunyer resepi simple jer, kalau tengok mommies lain, macam2 yang diorang buat. so far Farish enjoy jer food dia, even berulang2, dan kadang2 sampai seminggu menu yang sama (nampak sangat aku ni malas nak pikir resepi)
Let's start ngan resepi 6 bulan (aku copy paste dari facebook aku)
Atas permintaan kawan-kawan, kat sini saya nak share resepi yg saya masakkan untuk si manjaku. Biasanya, bangun pagi2 kul 5.30pg, siapkan bahan2 yg nak masak, rebus naik, sambil tu pam susu untuk bekalan Farish kat rumah babysitter.
Kalau ada sesapa nak share resepi, komen, bolehlah tmbah.
Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.
RESEPI FARISH UMUR 6 BULAN
Saya guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.
Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis
Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.
Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.
RESEPI 7 BULAN
BREAKFAST
1) Puri kentang
Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur. Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk
menghaluskan lagi teksturnya.
2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)
3) puri brokoli
4) puri bayam
(Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)
5) puri epal
6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)
7) puri betik
LUNCH
1) Bubur+sayur+bilis
Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah. Just masak dan lecek2kan sampai halus.
2) bubur+ sayur + ikan
masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.
3) bubur+sayur+ ayam/daging
(sama macam resepi ikan)
Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur. juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.
RESEPI 8 BULAN
BREAKFAST
1) oat+ kismis/kurma
didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic). masak
sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak.
2) oat + bilis
(sama cam atas)
3) puri sayur @ puri buah
LUNCH
1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam
Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup
gaulkan sekali nasi dan sup.
Since Farish kurang minum air suam, saya buatkan fruit jus untuk Farish. Biasanya jus epal merah, jus pear, jus betik. Sebenarnya kurang elok bagi susu time baby makan, sebab tu replace ngan jus, tapi ingat NO SUGAR kay.
TEA-TIME
1) kentang + bilis
rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby
(macam kuih keria yg tak dimasak)
2) Roti + susu
ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.
Ada niat nak buat teething cookies untuk Farish, tapi tak de masa nak membakar.
Okay, itu sahaja resepi yg dapat dikongsi. So far Farish suka sangat makan,tak kisahlah kalau resepi sama pun untuk 3-4 hari.
Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya.
Nanti aku sambung lagi resepi yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment