Tuesday, 24 March 2009

Kemahiran komunikasi (0-12 bulan)

Di sini aku tuliskan secara ringkas kemahiran2 bahasa reseptif dan ekspresif untuk kanak2 di bawah 1 tahun. Ini adalah norms dari US, belum ada norms yang standard untuk kanak2 Malaysia.

KEMAHIRAN BAHASA RESEPTIF (0-6BULAN)

  • Respon kepada suara dan bunyi
  • Tumpuan kepada pertuturan
  • Respon kepada suara marah dengan menangis
  • Respon kepada intonasi lembut dengan cooing
  • Respon kepada bunyi dengan mencari sumber bunyi
  • Respon kepada suara menyenangkan dengan senyuman dan ketawa

KEMAHIRAN BAHASA EKSPRESIF (0-6 BULAN)

  • Bunyi vokal dari kerongkong pada umur 8 hari
  • Tangisan; respon kepada rangsangan
  • Kepelbagaian tangisan untuk rangsangan berlainan
  • cooing
  • Ketawa dengan kuat
  • membunyikan bunyi vokal semasa bermain

KEMAHIRAN BAHASA RESEPTIF (7-12 BULAN)

  • Mendengar dengan peningkatan tumpuan kepada perkataan baru
  • Respon kepada orang tertentu ( 8 bulan)
  • Faham ‘jangan’ dan nama sendiri (8 bulan) 
  • Respon kepada bye-bye (9 bulan)
  • Angguk dan geleng kepala kepada soalan (10 bulan)
  • Memahami arahan mudah(11-12 bulan)

KEMAHIRAN BAHASA EKSPRESIF (7-12 BULAN)

  • Lebih banyak bunyi-bunyi pertuturan dan bukan pertuturan digunakan secara rawak
  • Babbling 
  • menyebut beberapa sukukata tidak bermakna
  • muncul perkataan pertama (10-12bulan) - walaubagaimanapun, ada yang memperolehi perkataan pertama selepas setahun
  • Cuba menamakan objek(10-12 bulan)

Sekiranya anak anda masih belum mencapai lagi tahap (7-12bulan) di atas, tunggu sehingga anak anda berusia 18 bulan. Sekiranya kemahiran di atas belum tercapai ketika berusia 18bulan, bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

No comments:

Post a Comment