Monday, 23 March 2009

Bagaimana Kita Boleh merangsang Komunikasi Kanak-Kanak

(Ni aku copy paste daripada presentation aku.)

  1. Respon kepada cubaan komunikasi bayi dengan melihat kepadanya, bercakap, meniru sebutan, ketawa & ekpresi muka bayi. 
  2. Ajar bayi untuk meniru aksi – “umm cak”, “wa wa bulan”, “cok cok ping”, “cak cekok” dll
  3. Bercakaplah semasa melakukan aktiviti – mandi, makan, berpakaian, “Kita sabun badan”, “hmmm…sedapnya nestum.buka mulut…. ammm”
  4. Bercakap tentang perkara yang akan dilakukan, ke mana kita pergi, siapa dan apa kita jumpa, dll 
  5. Mengira- menggunakan jari, langkah kaki
  6. Ajar bunyi-bunyi persekitaran -binatang, kenderaan dsb
  7. Guna isyarat untuk meyampaikan makna - lambai tangan, salam
  8. Huraikan perkataan tunggal yang disebut. "baju- baju adik, papa - papa tidur"
  9. MEMBACA bersama
  10. MAIN bersama
  11. Terima kelemahan anak dan hargai kelebihannya


No comments:

Post a Comment