Saturday, 21 March 2009

My deep freezer

Akhirnya ku berjaya memujuk hubby supaya membelikan aku sebijik deep freezer... Dah lama aku minta, tapi asyik kena perli... Last2, freezer kami dah penuh sarat ngan stok ebm dan langsung takleh buat ais dah. Aku pulak guna psikologi, bancuh air suam2, sedangkan hubby wajib minum minuman berais. Jadi adalah alasan aku, "peti ais penuh la bi, mana boleh buat ais dah".

Tengok tu.. kan dah sarat sangat

Dan akhirnya hubby mengajak aku mencari deep freezer. Cari punya cari, dari satu kedai ke satu kedai, akhirnya berjumpalah deep freezer yang kami rasa paling berbaloi ngan kapasiti dan harganya.

Taraaaa............................

Deep freezer jenama Morgan, kapasiti 115L berharga RM600.00 (after tawar menawar ngan tokey Suria Jerai Ent. Spg Kuala, Alor Star- promote kedai tu)

Balik rumah hubby lak excited, terus buat ais banyak2. Lagipun dengan banyak buat ais ni, suhu deep freezer akan jadi lebih stabil, dan kalau blackout pun, Insya Allah, stok ebm tak cair.

Tapi itulah, begitu bersemangat dengan deep freezer baru, keesokannya, aku mendapat berita yang aku pregnant lagi, dah 5 minggu. Maka aku terpaksa stop pumping. Bukan dah kurang susu, tapi bila pam, rasa sakit dan ngilu B aku. Makanya, aku dah tak buat stok, cuma direct time malam (itupun kadang pedih gak)

Gambar ni aku amik selepas sebulan beli deep freezer, so stok aku pun dah berkurang. Nak tengok juga....

Aku simpan ebm dalam liner.Liner2 tu aku letak plak dalam plastik beg Ada 3 bungkus lagi (dalam plastik merah, plastik tesco dan plastik the store). Aku kira2 adalah dalam 40bijik lagi. Insya Allah sempat Farish minum sampai umur dia genap setahun. Alhamdulillah, aku masih belum suply FM lagi, sebab stok yang aku buat tu mampu menampung keperluan susu dia di siang dan malam hari...

Ini stok susu aku dalam liner (4oz each), letak dalam plastik ni sebab jimat ruang dan boleh isi banyak.

2 comments:

  1. salam hana..
    saya dok cari deep freezer.. bleh hana explain detail sket kt ner kedai yg hana beli deep freezer nih.. sy dok kt kangar..
    emel sy ek..
    su2609@yahoo.com..
    tq..
    -su-

    ReplyDelete
  2. salam, hana, saya tgh survey deep freezer utk simpan stok susu , boleh tak hana bagi detail adress kedai yg jual deep freezer yg mengkagumkan itu... sy tggl kat kuala nerang kedah ni je...
    email saya ye... TQ
    hannyhanafiah@yahoo.com
    -hanny-

    ReplyDelete