Monday 23 March 2009

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

Ramai parent yang risau, kenapa nak aku dah 2 tahun, tapi tak pandai cakap macam anak orang lain yang dah potpetpotpet. 

Ada juga parent yang tak risau langsung pasal perkembangan anak dia, alaaa, mulut berat tu, nanti dia cakaplah tu...

Maka menerusi blog aku ni aku nak berkongsi perkembangan2 normal kanak2. Untuk pengetahuan, buat masa sekarang, tiada norms yang standard untuk kanak2 di Malaysia. Apa yang ada hanyalah norms Mat Salih. Dan perkembangan kanak2 adalah melalui rangsangan keluarga dan orang disekeliling. Jangan mengharapkan anak anda pandai membaca sekiranya anda tidak mengajarnya ABC dan tidak menghantarnya ke Tadika. 

Sebelum aku start eloklah kiranya ku ceritakan sedikit komponen bahasa supaya para-para ibu boleh faham.

Perkembangan bahasa dilihat dari 3 aspek

1. Perkembangan pra-pertuturan

2. Perkembangan bahasa reseptif (pemahaman)

3. perkembangan bahasa Ekspresif (pertuturan/perlakuan)

Pra pertuturan perlu dimahiri (betulka wording aku ni), sebelum kanak2 mula belajar untuk memahami dan bertutur. Kelemahan pra-pertuturan merupakan petanda anak anda mengalami kelambatan dalam pemerolehan bahasanya.

Bahasa reseptif perlu dimahiri sebelum bahasa ekspresif. Maknanya anak anda perlu faham dahulu sebelum dia dapat menuturkan dengan tepat.. Dan ingat, peniruan sebutan bukan bermakna anak anda memahami. Itu sekadar proses pembelajaran. 

Dan panduan2 yang aku akan listkan dalam post2 nanti,hanyalah secara ringkas. Dan ingat umur kemahiran itu adalah umur permulaan. Untuk mengenalpasti sama ada anak anda normal atau tidak, anda perlu tengok kemahiran pada tahap umur sebelumnya... contohnya : anak anda berusia 2thn, sila semak kemahiran sehingga berusia 1thn 11 bulan. sekiranya anak anda berusia 2thn 6 bulan, semak kemahiran sehingga berusia 2thn6bulan. Kalau anak saya berusia 2thn 3 bulan? Semak sehingga kemahiran 1th11bulan juga. Dan beri rangsangan untuk kemahiran 2thn ke atas.

boleh faham ker?

1 comment:

  1. salam..anak saya umur 2 tahun 6 bulan..ade masalah percakapan sikit,,yang susahnya,,saya kini tinggal di negara timur tengah..tak tahu mana nak refer doktor..bolehkah saya hubungi cik Hana?(emel>>)

    ReplyDelete